Hiburan

“Isteriku Positive HamiI..” Atta Halilintar Kongsi Isteri Bvnting PeIamin, HamiI Selepas Sebulan Nikah

SELEPAS sebulan mendirikan rumah tangga, YouTuber Indonesia terkenal Atta Halilintar mengumumkan bahawa isterinya iaitu Aurel Hermansyah kini hamil.

Atta menerusi laman Instagram miliknya melahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk dikurniakan cahaya mata pertama tercapai.

“Alhamdulillah ya Allah. Isteriku positif hamil! Impian saya menjadi kenyataan! Gol gol gol. Insya-Allah anak pertamaku,” kongsi Atta.

 

Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan daripada peminat pasangan itu yang turut mendoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan.

Dalam pada itu, Aurel yang juga anak kepada penyanyi Kris Dayanti turut mengucapkan terima kasih dan bersyukur atas rezeki zuriat yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka.

Anak kepada penyanyi Anang Hermansyah itu mendirikan rumah tangga dengan Atta pada 3 April lalu dan upacara akad nikah pasangan itu berlangsung di Hotel Raffles, Jakarta.

Sumber: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *