“Ko kenapa nok, dahaga perhatian ke?” – Hatta Dolmat Dipanggil ‘Lalang’ Sebab Tak Setuju Tokti Penyanyi No 1

Pereka fesyen, Hatta Dolmat baru-baru ini dikecam hebat netizen di Twitter selepas dia dikatakan bersikap ‘lalang’ kerana membandingkan Yuna dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza atau Tokti.
Semuanya bermula dengan tweet dimuat naik oleh Hatta sendiri menunjukkan wajah Yuna terpapar di tengah bandar raya New York dan kemudian tidak mengakui bahawa Tokti adalah penyanyi nombor satu negara.
Yuna terpampang di Billboard Times Square, New York. Sementara ramai rakyat Malaysia di sini kata penyanyi nombor satu negara ialah…”
Saya rasa penyanyi nombor satu bukan dia.. tapi (emoji mengantuk).”
Ramai warga Twitter yang menyerang Hatta selepas memuat naik posting sebegitu malah ada yang turut ‘gali’ Instagram pereka fesyen berusia 39 tahun itu dan mendapati dia ada mengucapkan selamat hari lahir buat Tokti. Bukan itu saja, melalui posting itu Hatta turut mendoakan agar Tokti terus kekal sebagai penyanyi nombor 1 tanah air.
Happy Birthday. Semoga sentiasa dalam rahmat dan kebahagiaan dan semoga kekal unggul sebagai penyanyi no 1 negara.”
Dia dipercayai memuat naik tweet tersebut susulan isu majlis tahnik anak kedua Tokti yang baru-baru ini menerima kecaman daripada ramai netizen kerana didakwa melanggar SOP.
Tokti kemudian terus dikecam apabila beliau memuat naik status sindiran dalam instastory yang mengatakan beliau bersyukur dapat kumpul pahala kerana dikecam netizen. Menurut Kosmo, seorang netizen berkata,
Masa dirimu tengah harum, semua pakat kerumun, himpit. Tumpang selagi boleh. Ketika dirimu dihimpit isu, dikecam dikeji, masing-masing dah tunjuk perangai sebenar.”
Ketahuilah wahai Siti Nurhaliza bahawa dirimu selama ini dikelilingi manusia-manusia hipokrit. Kenalpasti dan ‘mark’ seorang-seorang.”
Jangan macam macam, netizen ni pantas je tau ‘menggali’.
Sumber: LM