Viral

“Tak nak datang tak apa, tunggu je j4sad Along depan rumah” – Bapa akhirnya rentas negeri sambil menangis demi tatap jen4zah anak kali terakhir

SETELAH berbulan-bulan terpisah akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), seorang bapa tidak menyangka berpeluang untuk merentas negeri sejauh beratus kilometer demi melihat sekvjur tubuh anak sulungnya untuk dikebumikan.

Menerusi satu video yang dikongsi di aplikasi TikTok, seorang bapa menangis sepanjang perjalanan ketika memandu dari Terengganu ke Selangor untuk pengebvmian anak sulungnya.

“Al-Fatihah untuk Along. Doakan Abah terus kuat,” menurut keterangan video tersebut yang dimuat naik oleh seorang gadis yang merupakan adik arwh.

Gadis berkenaan, Azizue Haifaa Mohd Zubair berkata, kakaknya men1nggl dnia pada usia 29 tahun, Khamis lalu selepas menghid4p penyakit buah pinggang dan penyakit tibi.

 

Kesedihan seorang bapa selepas menerima berita kem4t1an anak sehingga sepanjang perjalanan untuk urusan pengebvmian.

Anak keempat daripada lima beradik itu berkata, kakaknya yang merupakan anak sulung sepatutnya pulang ke kampung di Kuala Terengganu pada Sabtu untuk menerima rawatan.

“Sejak p4ndemik C0v1d-19 lebih setahun, keluarga kami di Kuala Terengganu agak terpisah dengan arwh Along (kakak) kerana PKP dan larangan rentas negeri.

“Kali terakhir arwh Along pulang ke kampung pada September lalu. Patutnya dia balik Sabtu untuk rawatan, tak sangka Along pergi dulu meninggalkan kami,” katanya kepada mStar.

 

Arwah Along (kiri) ketika terl4ntar di hospital.

Azizue yang berusia 21 tahun berkata, arwh kakaknya menghembuskan naf4s terakhir kira-kira pukul 12.30 tengah hari Khamis di Hospital Sungai Buloh di Selangor.

Namun katanya, bapanya berusia 52 tahun yang merupakan anggota polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di Kuala Terengganu pulang awal ke rumah pada hari berkenaan.

“Ayah beritahu dia balik awal sebab rasa tak sedap hati pagi tu. Tengah hari mak terima panggilan daripada abang ipar di Selangor maklumkan Along disahkan men1nggl dnia di hospital.

“Mulanya ayah seperti tak percaya sehingga kami terpaksa beritahu ayah beberapa kali. Bila ayah baru sedar Along men1nggl dnia, memang ayah menangis teruk,” ujarnya.

 

Kenangan… Sebahagian keluarga bersama arwh Along (duduk berkerusi roda). Turut serta bapa Azizue (berdiri dua dari kiri, baju putih).

Menurut Azizue, dia sebelum ini dipujuk oleh arwh kakak supaya datang ke rumahnya di Subang Impian di Shah Alam, Selangor bagi membantunya mengemas barang untuk pulang ke kampung.

“Bukan saya tak nak, tapi atas sebab apa yang membolehkan saya untuk merentas negeri? Along yang sepatutnya balik ke Kuala Terengganu pun hanya selepas menyiapkan segala dokumen perubatan.

Ayah beritahu dia balik awal sebab rasa tak sedap hati pagi tu. Tengah hari mak terima panggilan dimaklumkan Along disahkan men1nggl dnia

AZIZUE

“Sebenarnya Along dah berkali-kali minta kami sekeluarga untuk datang ke Selangor. Along pernah merajuk dan kata ‘Kalau tak nak datang tak apa, nanti tunggu je jas4d Along depan rumah‘.

“Kami tak sangka itu satu petanda Along akan meninggalkan kami. Sebelum ini kami hanya buat video call untuk bertanya khabar dan melepaskan kerinduan,” tambahnya.

 

Azizue (kiri) bersama arwh Along.

Dia yang baru menamatkan pengajian Diploma Industri Fesyen di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Terengganu berkata, bapanya mengambil masa untuk mengumpul kekuatan sebelum memandu dari Pantai Timur ke Selangor untuk urusan pengebvmian kakaknya.

“Perjalanan ke Selangor untuk pengebvmian Along tertunda lewat sedikit sebab ayah tak cukup kuat untuk memandu. Saya pula tak ada lesen memandu, selain mak dan adik bongsu berusia 19 tahun.

“Pengebvmian disegerakan pada malam yang sama. Ayah sempat melihat wajah Along buat kali terakhir sebelum dikebvmikan.

“Ikutkan kebumi jen4zah pukul 9 malam. Kami minta tunggu sebab kami sampai selepas pukul 10.30 malam. Kami sempat tengok jen4zah Along sekejap sebelum dikebvmikan,” katanya sambil menambah jen4zah kakaknya selamat dikebvmikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ijok di Ijok, Selangor.

Sumber: mStar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button