Pelakon veteran Abu Bakar Omar telah pergi meng4dap Ilahi pada pagi Jumaat akib4t mas4lah j4ntung

PELAKON veteran Abu Bakar Omar, 72, disahkan men1nggl dnia pada pukul 9.04 pagi, Jumaat di Kedah Medical Central selepas didapati mempunyai mas4lah j4ntung.
Menurut anaknya, Mohd Zainuddin Abu Bakar, bapanya tidak mempunyai sebarang penyakit kronik namun Allahy4rham ada mengadu kepenatan pada dua hari lalu.
“Bapa saya sudah kembali ke rahm4tullah pada 9.04 pagi tadi di Kedah Medical Central. Dia tidak mempunyai sebarang penyakit. Dua hari lalu, dia mengadu macam penat sikit-sikit tapi masih okay.
“Malam tadi masa pergi ke hospital pun boleh bersembang lagi. Tapi masa jalani pemeriksaan doktor malam tadi, doktor nampak macam ada mas4lah jantung,” kata Zainuddin ketika dihubungi mStar.
Shiera dan selebriti lain turut bersedih dengan pemergian arwh Abu Bakar.
Terdahulu, penyampai radio Suria FM iaitu Sharifah Shahirah mengesahkan Abu Bakar Omar men1nggl dnia pada pagi Jumaat.
Dalam pada itu, Zainuddin memberitahu jen4zah akan di kediaman arwh yang terletak di Kampung Bukit Nyamuk Kuala Nerang dan akan dikebumikan di Tanah Perkubvran Islam Akar Peluru Jalan Pegawai Alor Setar, Kedah selepas solat asar.
“Jen4zah akan diuruskan di rumah dan akan dikebum1kan di Tanah Perkubvran Islam Akar Peluru Jalan Pegawai Alor Setar Kedah selepas solat asar,” ujarnya.
Allahy4rham mempunyai isteri bernama Faridah Abdul Manaf dan empat orang anak yang masih hidup serta seorang anak yang sudah men1nggl dnia.
Pelakon Azhan Rani bersama arwh ketika jalani penggambaran telefilem Khilaf Terakhir pada Mac tahun lalu.
Sebagai seorang pelakon, arwh banyak membintangi filem dan telefilem antaranya yang popular Cinta Kolestrol(2003) dan paling terbaru Khilaf Terakhir yang ditayangkan pada Januari lalu.
Allahy4rham juga mendapat pencalonan dalam Festival Filem Malaysia menerusi filem lakonanya iaitu Bila Hati Telah Retak (1993), Rentak Desa (1990) dan Hingga Hujung Nyawa (2004).
Berikut merupakan anugerah yang pernah dimenangi oleh Abu Bakar Omar;
Anugerah Sri Angkasa
1983 – Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) – Senja Belum Berakhir di samping Uji Rashid
1990 – Pelakon Lelaki Terbaik (Drama Radio) – Bukan Kerana Kasih
Anugerah Skrin
1999- Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Mata Hati
2012- Pelakon Lelaki Terbaik – Gincu Ayah
Sumber: mStar