“Takkan nak letak gambar laki hang!” – Rita Rudaini ditudvh terg1la-g1lakan bek4s suami kerana k0ngsi foto anak buat carta keluarga

GARA-GARA berkongsi foto anak keduanya Airit Qaqa Arjuna sedang menyiapkan tugasan sekolah yang diberi oleh guru, pelakon Rita Rudaini menerima komen negatif seorang pengikut di laman Instagram.
Dalam foto yang dimuat naik itu, Rayyan dilihat sedang menyiapkan tugasan carta keluarga atau family tree, namun apa yang menarik perhatian ialah gambar bekas suami, Aidil Zafuan Abdul Radzak pula menjadi topik perbualan netizen.
Sehinggakan ada yang menuduh Rita masih belum move on dan tidak boleh melupakan bekas suaminya itu.
“Sis move on la, si lelaki tu dah ada isteri anak dah… hidup masing-masinglah, nampak sangat sis tergila-gilakan si lelaki, kasihan tengok sis masih menanti benda yang tak pasti,” tulis seorang pengikut.
Menjawab komen pengikut itu, Rita atau nama sebenar Rita Rudaini Mokhtar, 44, meminta individu berkenaan berfikir dahulu sebelum menulis komen dan tidak sewenang-wenangnya melemparkan tuduhan tidak wajar.
Rita jawab komen seorang pengikut di Instagram.
“Takkan family tree aku nak letak gambar laki hang (kamu)? Tergila-gila kepala otak hang! Nak komen biar cerdik sikit, ” balas Rita.
Sebelum itu, menerusi ruangan kapsyen aktres filem Mami Jarum ini sempat berjenaka dengan pengikutnya mahu menukar gambar bekas suami dengan pelakon popular Korea Selatan, Hyun Bin.
“Family tree lagi… mummy sebenarnya nak print gambar Hyun Bin ganti tempat daddy tapi mummy takut cikgu adik pengsan pula,” tulisnya.
Rita mengurus dan membesarkan anaknya tanpa bantuan orang lain.
Meskipun dia dan bekas suami berdepan beberapa isu kebelakangan ini, namun Rita sentiasa bersikap profesional mengenai hubungan anaknya dengan bapa mereka.
Rita berkahwin dengan Aidil, 33, pada 2008 namun bercerai pada September 2013.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizqin, 12, dan Airit Qaqa Arjuna, 10, yang kini di bawah jagaan Rita.
Sumber: mStar