Hiburan

“Patuhi SOP, Tak Boleh Rentas Jangan Rentas..”- Fazura Sindir Neelofa Secara LIVE Ke Tu?

Umum sedia maklum, kebenaran rentas negeri masih dilarang sehingga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berpuas hati dengan penurunan kes C0V1D-19.

Namun, syarat tersebut dilonggarkan bagi mereka yang mempunyai urusan kerja atau kes kecemasan selepas meminta kebenaran pihak polis di lokasi masing-masing.

Terbaru, tindakan pelakon popular Fazura yang memberi komen mengenai ‘rentas negeri’ menerusi program Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2) malam tadi mengundang perhatian warganet di laman Twitter

 

Menerusi perkongsian @farhanzulkefly, Fazura yang menjadi salah seorang juri memberikan komen kepada kumpulan UNI yang dianggotai Atu Zero, Fad Bocey dan Fakhrul UNIC berdasarkan persembahan mereka.

“…sampai seludup mak bapa. Kita kenalah mematuhi peraturan daripada kerajaan, ikut prosedur operasi standard (SOP) kan. Tak boleh rentas, jangan rentas,” katanya.

 

Bagaimanapun, ada pula segelintir netizen mempersoalkan adakah itu komen bersifat umum selain mendakwa mungkin terdapat unsur sindiran kepada individu tertentu.

Sekali dia perli kat ‘live show’!

 

 

Perli siapa tu ye?

 

Malah ada juga memuji tindakan Fazura, sebagai ‘public figure’ yang mempunyai pengaruh besar sekali gus dapat menasihati dan mengingatkan penonton mengenai pematuhan terhadap SOP.

Bagus! Kita perlukan lebih lagi macam ni

 

Program MLS disiarkan secara langsung setiap Jumaat, jam 9 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) melalui Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107).

Sumber: Twitter

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button