Hiburan

Intan Ladyana, Harris Alif bakal nik4h Jumaat ini ikut SOP – “Harapnya tiada sebarang perubahan saat akhir”

TINGGAL dua hari lagi pasangan selebriti Intan Ladyana dan Harris Alif bakal disatukan sebagai suami isteri.

Akur dengan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Intan berkata majlis pernikahan mereka itu akan diadakan secara tertutup pada Jumaat ini.

Justeru itu, dia memohon peminat dan orang ramai mendoakan agar upacara tersebut berjalan lancar dan dipermudahkan.

“Alhamdulillah persiapan kebanyakannya sudah siap, cuma dalam keadaan sekarang ini contohnya dengan kes C0v1d-19 makin meningkat setiap hari jadi agak susah untuk membuat perancangan atau meletakkan satu tarikh untuk majlis.

“Harapnya tiada sebarang perubahan saat akhir dan semoga ia berjalan dengan lancar.

 

Intan sudah bersedia bergelar isteri.

“Pernikahan bakal berlangsung di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Kuala Lumpur dan hanya membabitkan ahli keluarga terdekat. InsyaAllah doakan kami berdua, ” katanya.

Sementara itu, dalam kesibukan menguruskan persiapan perkahwinan, Intan juga turut meluangkan masa mengunjungi dan menghulurkan sumbangan kepada komuniti ibu tunggal yang terjejas akibat p4ndemik C0v1d-19.

Inisiatif itu dilakukan Intan atau nama sebenarnya, Intan Nurladyana Mohamat Yahaya, bersempena menzahirkan rasa syukur atas pelantikannya sebagai duta produk kesihatan dan kecantikan, Seri Lady.

 

Intan bersama pengasas Seri Lady, Juzailah Shariff (dua dari kanan) hulurkan sumbangan untuk ibu tunggal.

“Dalam rezeki saya ada rezeki orang lain. Siapa sangka dalam kesibukan kerja dan membuat persiapan perkahwinan, saya dilamar pula menjadi duta produk kosmetik. Jadi saya terfikir apa salahnya jika infaqkan sedikit rezeki yang Allah SWT beri untuk dikongsi bersama golongan yang memerlukan. Semoga kehidupan dan perkahwinan saya memperoleh keberkatan.

“Inilah yang membuatkan kami terpanggil untuk memberi sumbangan berupa produk dan wang tunai untuk komuniti ibu tunggal yang terpilih. Mereka ini antara yang terjejas akibat p4ndemik C0v1d-19.

“Saya sendiri dibesarkan oleh seorang ibu tunggal. Saya nampak macam mana kesusahan ibu untuk membesarkan kami tiga beradik. Bagaimana ibu bahagikan masa untuk keluarga dan pada masa sama bekerja demi kelangsungan hidup. Jadi saya faham masalah yang dihadapi oleh kebanyakan ibu tunggal. Di kesempatan ini saya cuba untuk membantu mereka sedikit sebanyak yang mampu,” katanya.

Sumber: mStar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button