Hiburan

Tidur lambat tapi bangun awal ajak s0lat Subuh… Sufian Suhaimi ‘terc1duk’ baca mesej Haqiem Rusli – “Tak boleh gambarkan perasaan ini”

PENYANYI Sufian Suhaimi mengakui kagum dengan sahabatnya iaitu Haqiem Rusli yang tetap bangun di awal pagi bagi menunaikan solat Subuh.

Meskipun tidur lewat pada malam itu, Sufian mendedahkan Haqiem tetap bangun awal dan menghubunginya bagi bersama-sama mengerjakan solat.

“Terciduk mat… bangun-bangun dapat mesej ni, rasa disayangi pun ada.

“Haqiem Rusli tidur rumah saya malam tadi. Saya masuk tidur awal dari dia, bangun tidur tengok ada mesej ajak Subuh.

“Saya tak boleh nak gambarkan perasaan ini… indah” katanya menerusi Instastory pada Isnin.

 

Sufian tunjuk mesej dihantar Haqiem Rusli.

Bersama teks ditulis itu, dia turut memuat naik paparan skrin mesej perbualannya dengan Haqiem.

Sebelum ini kerap kali foto Haqiem sedang bersolat di majlis hiburan tular di media sosial dan menerima pujian netizen.

Pemenang Anugerah Bintang Popular ABPBH ke-33 ini memberitahu video tular menunjukkan dia sedang menunaikan solat bukan berniat untuk menunjuk-nunjuk.

 

Sebelum ini beberapa foto dan video Haqiem bersolat tular di media sosial.

Sebaliknya ujar Haqiem, menunaikan rukun Islam kedua itu adalah tanggungjawab setiap insan tanpa mengenal pangkat atau darjat.

“Dalam hidup saya, nombor satu adalah Allah dan itu adalah selama-lamanya. Keduanya adalah keluarga dan ketiga adalah sahabat-sahabat saya.

“Saya tak minta video itu viral, takkan lah saya nak minta rakam video saya solat sebab saya nak viral… bukan macam itu. Benda itu ikhlas dan bab-bab agama bukan kita nak menunjuk ke apa,” katanya.

Sumber: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published.