Hiburan

“Tidak semestinya tak pergi kubvr, aku melupakanmu…” Isteri Arwh Abam luah sesuatu buat ramai sebak

Kuala Lumpur: “Ku akan terus kuat dan teruskan perjuangan ku untuk membesarkan anakku, terus mencari pahala untukmu dan kita kongsi pahala bersama-sama,” luah balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah Mohd Ali sempena ulang tahun kelahiran ke-33 pelawak itu, semalam.

Nor Hidayah berkata, segala memori bersama arw4h suami tersayang akan terus terpahat dalam ingatan.

Malah, Nor Hidayah juga akan terus berju4ng dalam meneruskan hidup dan membesarkan anak mereka, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia setahun tujuh bulan.

 

“Aku akan terus mendukung namamu hingga ke syurga kelak, selagi hayat ku masih ada dan menjadi bidadari mu hingga ke akhirnya.

“Tidak semestinya tak pergi tempatmu (kubvr), aku melupakanmu. Tidak setiap masa, saat, detik, tidak penah aku lupa akan ku selit namamu dalam doaku dan setiap sujudku. Al-Fatihah untukmu imam ku, Syed Umar Mokhtar,” katanya.

Menerusi hantaran di Instagram itu, Nor Hidayah juga memuat naik video yang memaparkan kenangan bersama arwah ketika masih mengandungkan anak mereka.

“Walaupun terpisah dunia, tetapi r0hnya sentiasa disisiku. Aku percaya dia sentiasa menemaniku. Ini sedikit kenanganku bersama Allahyarham suami saatku mengandungkan anakku harta yang tak ternilai, Syed Uthman Hamzah.

“Kekuatan dan keberaniannya adalah semangatnya ku pinjam. Berehatlah sayang. Damailah sayang. Bersemadilah sayang.

“Syed Uthman Hamzah harta yang tak ternilai akan ku jaga dan bimbing anak kita menjadi anak soleh. Apabila dia besar, dia akan mendoakan ayah dia di syurga dan berbakti kepada ibu dan ayah,” katanya.

Menerusi hantaran sama, Nor Hidayah berkongsi secebis kegembiraannya yang sudah berjaya memiliki kedai sendiri untuk berniaga.

“Alhamdulliah, syukur pada Allah sekarang ku ada kedai sendiri berkat doa anda semua saya berjaya smpai sekarang.

“Terima kasih  mak, abah, keluarga, saudaraku, kawan yang selalu menyokong dan mendoakan aku berjaya sampai sekarang ini. Susah senangku keluarga ku sentiasa ada bersamaku dan anakku,” katanya.

 

Allahy4rham Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan men1ngg4l dunia pada 10 Februari tahun lalu selepas dua hari mengalami demam. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published.