Hiburan

Sajat sudah did4kwa di mahkamah kerana berpakaian wanita?

Kuala Lumpur: Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali Nur Sajat did4kwa sudah dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada awal bulan ini atas pertud0han berpakaian seperti wanita.

Menurut sumber, Nur Sajat bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie Mohamad Khalid SHaee @ Shaii.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Syarie Selangor, Atras Mohd Zain.

Nur Sajat didakwa atas pertuduhan menyebabkan agama Islam dipandang h1na dengan cara dirinya seorang lelaki yang berpakaian menyerupai wanita.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu dalam majlis bacaan Yasin dan solat hajat, pada 7.30 malam, 23 Februari 2018 di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion, Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16, Shah Alam.

 

Bagi perbuatan itu tertud0h didakwa mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika s4bit kesalahan.

Menurut sumber itu lagi, Nur Sajat dibebaskan dengan jaminan RM3,000 dan kes akan disebut semula pada 23 Februari ini.

Sebelum ini tular di lama sosial, rakaman video yang memaparkan Nur Sajat menangis dalam keadaan berg4ri.

Nur Sajat menerusi Instagram miliknya mendakwa, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) seakan melengah-lengahkan urusan surat jaminan dan turut menyebabkan keced3raan kepadanya ketika proses siasatan dijalankan di Ibu Pejabat JAIS di sini.

Dia turut mendakwa, dilayan dengan buruk dan digari sehingga mengalami bengkak di bahagian badan kerana bergelut untuk mempertahankan diri walaupun sudah tampil memberikan kerjasama untuk siasatan pihak JAIS.

Dalam pada itu, JAIS mengesahkan pihaknya menjalankan siasatan terhadap Muhammad Sajad.

Sumber: Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published.