“Saya sayang dia… ” – Ashira dan Bad Indigo umum sudah bercer4i

TIADA angin, tiada ribut, penyanyi Ashira dan suaminya ahli kumpulan Indigo mengumumkan bahawa rumah tangga mereka sudah berakhir.
Ashira dan Bad menerusi laman Instagram pada Khamis memberitahu keputusan itu dibuat atas persetujuan bersama.
“Kami sudah capai persetujuan bersama, jadi kami dah sah berpisah tapi tetap berkawan. Kita memang nak berkawan sampai bila-bila,” kata Bad.
Sementara itu, Ashira berkata dia memaklumkan perkara itu kerana enggan mana-mana pihak membuat spekulasi tidak betul mengenai rumah tangga mereka.
“Kami tak nak keluar daripada mulut orang lain sebab banyak sangat cerita-cerita yang kat luar tu yang tak betul. Jadi harap benda ni jelaslah. Tak ada masalah antara kami, kalau ada masalah saya tak ada dalam kereta ni.
“Saya tak terima pertanyaan media yang ingin tahu apa punca perpisahan. Biarlah saya, dia (Bad) dan Allah saja tahu,” ujar Ashira.
Dalam pada itu, Bad turut menjelaskan dia dan isteri mengambil keputusan untuk mengunci mulut mereka mengenai punca perpisahan mereka.
“Saya sayang dia. Apa sebabnya kita tak boleh cerita… yang penting tak ada orang ketiga. Apa-apa yang berlaku dalam perkahwinan ni itu adalah satu aib. Mendedahkan aib walaupun sendiri yang mendedahkan adalah dosa.
“Biar Allah yang tahu. Semoga tiada ada lagi pertanya mana Ashira, mana Bad. Minta semua jangan cerita benda tak betul fasal kami,” ujarnya.
Sumber: mStar
Jangan lupa like and share ya..
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: