“Tanpa mereka saya mungkin terp4ksa ju4l buah pinggang” – Yasin Sulaiman ucap terima kasih kepada penderma tabung guaman

PENYANYI Yasin menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua penderma tabung yang bermurah hati untuk menyumbang bagi membiayai kos guamannya berhubung pertudvhan mengedar dan menanam 17 pokok ganja pada 13 Mac lalu.
Menurut Yassin, bantuan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebannya bagi menampung kos guaman sepanjang kes perbicaraan ini dijalankan.
“Terima kasih kepada yang mengisi tabung guaman saya, tanpa mereka semua ini mungkin terp4ksa jual buah pinggang bagi sara kos guaman ini.
“Kes besar macam gajah, tapi saya hanya semut yang mengharapkan keajaiban,” katanya.
Yasin ditemui media di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.
TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI
Sementara itu, ketika sebutan semula kes di Mahkamah Majistret, pihak pendakwaan meminta kes itu ditangguhkan bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan berhubung pertuduhan komposer itu berkaitan menged4r dad4h jenis g4nja seberat 214 gram pada Mac lalu.
Yasin kelihatan ceria ketika dibawa ke mahkamah.
Permohonan itu dibuat pendakwaraya, Mohd Asnawi Abu Hanapiah dihadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah dan mahkamah menetapkan 6 Julai ini untuk sebutan semula kes tersebut.
Mengikut pertuduhan itu Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 47, didakwa menged4r dad4h berbahaya jenis g4nja anggaran berat 214 gram di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini pukul 5.30 petang pada 24 Mac 2022.
Bagi pertudvhan tersebut Yasin didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dad4h Berbahaya 1952 dan boleh dihukum 39B(2) akta sama yang memperuntukkan penj4ra seumur hidup atau g4ntung sampai m4t1 dan jika tidak dihukvm m4t1 hendaklah disebat tidak kurang 15 sebatan jika sabit kesalahan.
Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, Hakim Jamaludin Mat mengekalkan pertuduhan menanam 17 pokok g4nja dan menetapkan tarikh sama untuk serahan dokumen berkaitan kes.
Abang kepada Yasin iaitu Zain Sulaiman sedang berbincang dengan peguam.
Bagi pertuduhan itu, Yasin didakwa telah menanam 17 pokok dipercayai g4nja di dalam pasu plastik yang diperolehi secara terus atau tidak langsung.
Kesalahan itu didakwa pada waktu, tempat serta tarikh sama, yang mana pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penj4ra seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.
Yasin diwakili peguam Arif Azmi, Azizul Shariman Mat Yusof dan Yusmadi Yusoff.
Sumber: mStar
Jangan lupa like and share ya..
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: