Hiburan

“Kacak ada, tinggi, ada agama pulak…” – Penampilan Syihan Hazmi di Meletop dipuji Nabil

Kemenangan yang diperoleh pasukan Harimau Malaya melawan Bangladesh baru-baru ini dengan 4-1 membuatkan seorang penjaga gol yang turut dikenali sebagai Syihan Hazmi antara yang viral hangat diperkatakan warganet di media sosial.

Persembahan cemerlang penjaga gol ini berjaya menarik perhatian ramai terutama peminat wanita sehinggakan info mengenainya juga dicari ramai.

Ini kerana wajah kacak Syihan Hazmi juga menjadi perbualan ramai di media sosial apabila dia juga dikatakan mempunyai iras dengan pelakon dari Thailand.

Walau bagaimanapun, di rancangan popular Meletop pada malam tadi pula penjaga gol terkenal ini mendapat perhatian ribuan penonton selepas rakamannya yang hadir sebagai tetamu jemputan membuatkan ramai tertarik untuk menyaksikannya.

 

Menerusi minggu ini bagaimanapun pengacara tetap Meletop, Nabil Ahmad nampaknya digandingkan hebat dengan penyanyi dari Indonesia iaitu Bunda Hetty Koes Endang dan bersama-sama menemuramah penjaga gol tersebut.

Perkongsian di YouTube Meletop menunjukkan pula, Syihan Hazmi berkongsikan perasaan ketika kemenangan yang diraih bersama pasukan Harimau Malaya melawan Bangladesh baru-baru ini.

Dalam pada itu, Nabil Ahmad juga dilihat memuji perwatakan Syihan Hazmi di Meletop apabila dia menjawab dengan begitu baik dari mula temuramah antara mereka dimulakan. Untuk info, rancangan Meletop dapat disaksikan setiap malam Selasa di Astro Ria.

 

Sumber: HCL

Jangan lupa like and share ya..

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button