Hiburan

“Adik saya memberitahu kami dia sakit pun, lambat” – Abang

Kuala Lumpur: “Adik saya (Allahyarham Adibah) memberitahu kami dia sakit pun, lambat. Dia baharu cakap beberapa bulan yang lalu kerana dia sendiri tahu dirinya sakit pun sudah terlambat.”

Demikian kata abang Allahyarham penyanyi Adibah Noor yang hanya mahu dikenali sebagai Bang Ngah atau Angah mengenai keadaan adiknya yang mengh1dap peny4kit k4nser ovari tahap empat sebelum disahkan meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di sini, pada petang semalam.

Angah berkata, keluarganya dimaklumkan mengenai penyakit yang dihidapi Allahyarham beberapa bulan yang lalu.

“Rawatan dan pembedahannya sudah lancar tapi rezeki dia sudah begitu, kita pun tak tahu.

“Baru-baru ini kami ada keluar makan bersama, dia boleh berjalan, makan dan sebagainya. Pada Khamis lalu, kami diberitahu dia menjalankan kemoterapi ‘ciccle’ keenam atau ketujuh, saya tak pasti. Dos diberikan pun lebih sedikit untuk membuang sel-sel k4nser tersebut.

“Jadi mungkin dos itu terlalu kuat untuk dia. Tapi saya tak pasti, itu kena tanya doktor,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai keperibadian adiknya, Angah berkata Allahyarham seorang yang peramah dan mesra dengan semua anak saudara dan saudara mara.

“Dengan anak-anak buah pun dia baik. Dia ada berpesan pada mereka untuk belajar baik-baik,” katanya.

Dalam masa sama, Angah berkata dia akan berbincang dengan keluarga mengenai nasib 30 kucing peliharaan Allahyarham.

“Kita belum fikir lagi soal kucing sebab nak selesaikan urusan jenazah ini dulu. Mungkin selepas kami jumpa kawan-kawannya untuk uruskan perkara itu. Tak silap saya, kucing peliharaannya ada dalam 30 ekor,” katanya.

Terdahulu, jen4zah arwh dimandi dan disembahyangkan di Masjid Al-Ansar, Taman Keramat, di sini, sekitar jam 9 pagi.

Bapa arwah juga berkesempatan masuk ke bilik pengurusan jen4zah untuk menatap wajah anaknya buat kali terakhir. Malah dia turut ke tanah perkuburan untuk mengebumikan anaknya dan memberikan penghormatan terakhir.

Selain itu kelihatan lebih 100 orang termasuk rakan artis dan penggiat seni hiburan tanah air hadir memberi penghormatan terakhir. Antaranya seperti Datuk Afdlin Shauki, Nikki Palikat, Suki, Remy Ishak, Nadiya Nissa, Ruzana Ibrahim, Liza Abdullah, Anuar Zain, Ziana Zain, Nadiya Nissa, Ruzana Ibrahim, Sharifah Amani, Saiful Apek, Linda Onn dan ramai lagi.

Adibah atau nama sebenarnya, Adibah Noor Mohd Omar menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles dipercayai akibat peny4kit k4nser ovari tahap empat, semalam.

Sumber: Harian Metro

Jangan lupa like and share ya..

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button