Hiburan

Konon Jadi Penyebab Hidup Fizi Jhanam, Ini Komen Shakilla Khoriri

Pelakon Shakilla Khoriri tidak mahu mengulas lanjut mengenai status bekas suaminya, Fizi Ali yang didakwa meluahkan rasa marah kepadanya yang merupakan ibu kepada anaknya.

Bercakap kepada Astro Gempak, Shakilla mendakwa hubungannya dengan Fizi hanya berada dalam keadaan baik.

“Saya minta maaf ya. Saya tak tahu fasal status dia (Fizi). Mungkin boleh tanya dia sendiri. Saya pun tengah busy shooting sekarang ni. Sorry ya…

“Ada ramai yang kongsikan fasal status dia ni. Saya tak nak komen apa.

“Sebab saya pernah cakap, saya tak nak komen apa dah fasal saya dengan Fizi. Sebab saya rasa saya dengan dia baik-baik je,” ulasnya.

Shakilla mengulas mengenai isu itu kepada Gempak menerusi aplikasi WhatsApp.

Pagi tadi, Fizi memuat naik status di akaun Instagram (IG) story miliknya yang didakwa meluahkan rasa tidak puas hati terhadap ibu kepada anaknya.

Menerusi status berkenaan, Fizi mendakwa dia menghormati Shakilla dan tidka membuka mulut mengenai hal rumah tangga mereka sebelum ini.

Sumber: Gempak

Terdahulu, Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin turut berkata, dia sudah hilang sabar dengan tindakan melampau bekas isterinya yang juga seorang pelakon itu.

“Sabar itu ada tahapnya. Jangan sampai tahap kesabaran itu hilang.

 

Fizi bersama anaknya Ameena.

 

“Aku hormat sebelum ini sebab kau mak kepada anak aku dan kita pernah bersama. Kau semakin lama semakin melampau,” katanya.

Tidak mendedahkan hal sebenar, Fizi juga memberitahu apa yang berlaku memberi kesan buruk kepada hidupnya.

Dalam hal ini, Fizi berkata dia enggan mendedahkan punca perpisahan mereka pada Disember lalu disebabkan mahu menjaga a1bbekas isterinya itu.

“Aku tak nak buka mulut sebab nak menjaga aib kau.

“Hidup aku dah jah4nam sekarang… aku hilang semua benda. Semua disebabkan kau. Tak sedar lagikah?” ujarnya.

Luahan tersebut dibuat oleh Fizi menerusi beberapa perkongsian di IG Story miliknya.

Aku tak nak buka mulut sebab nak menjaga a1b kau

FIZI ALI

PENYAMPAI RADIO

mStar cuba menghubungi Fizi untuk mendapatkan penjelasan namun tidak berjawab.

Untuk rekod, Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ameena Sofia yang kini berusia tiga tahun.

Fizi dan Shakilla berpisah selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Disember tahun lalu, Fizi memaklumkan hubungan mereka sudah berakhir namun tidak pernah menjelaskan punca perpisahan.

Bagaimanapun selepas berpisah kedua-dua mengekalkan hubungan baik demi anak mereka.

Sumber: mStar

Jangan lupa like and share ya..

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button