Global

Seorang ibu buntu nak sara 22 anak selepas suami dit4han pihak berkuasa

 

Istanbul: Seorang ibu yang mempunyai 22 anak dan mengimpikan untuk membina keluarga dengan 105 anak kini buntu untuk membesarkan semua anaknya bersendirian.

Ini kerana suaminya, Galip Ozturk yang memiliki syarikat bas antara bandar Metro Turizm ditahan pihak berkuasa dan berdepan tudvhan berkaitan pengub4han wang har4m, lapor Daily Star.

Kristina, bekas penari, mempunyai 22 anak biologi yang dilahirkan dengan kaedah ibu tumpang.

Galip melarikan diri dari Turki ke Georgia pada 2018 selepas mahkamah rayuan meluluskan hukuman penj4ra seumur hidup ke atasnya kerana mengarahkan pembu.nvhan seorang lelaki bernama Kuvvet Koseoglu pada 1996.

Namun masa depan mereka kelihatan lebih tidak menentu sekarang selepas ahli perniagaan Turki itu dit4ngkap oleh pihak berkuasa Georgia pada 31 Mei di Batumi, bandar kedua terbesar di Georgia.

Saluran TV Mtavari menunjukkan rakaman pasukan khas menyerbu sebuah hotel yang dimiliki Ozturk di hab perdagangan tepi laut yang bersempadan dengan Turki.

Lelaki berusia 57 tahun itu ditahan atas tudvhan berkaitan pengub4han wang har4m dan pem4lsuan dokumen, kata jurucakap Kementerian Kewangan Nato Natroshvili dalam satu kenyataan akhbar.

Kristina, 24, kerap menyiarkan gambar pasangan itu dan anak-anak mereka di Instagram dan menyiarkan betapa sukarnya dia berikutan penah4han suaminya.

Pasangan itu mendedahkan bagaimana mereka membelanjakan 138,000 Pound Sterling (kira-kira RM748,000) kepada ibu tumpang untuk mempunyai 20 bayi bersama dalam masa setahun.

KRISTINA dan Galip bersama sebahagian anak mereka.

 

Pasangan itu mengeluarkan 67,700 Pound Sterling (kira-kira RM367,132) setahun untuk 16 pengasuh yang menjaga bayi mereka 24 jam.

Kristina membelanjakan 4,000 Pound Sterling (RM21,690) seminggu untuk barangan keperluan bayi termasuk 20 beg lampin dan 53 pek susu formula bayi.

Berasal dari Rusia, Kristina bertemu Galip pada lawatan pertamanya ke luar negara di Georgia.

Kristina dan suaminya mendedahkan bagaimana mereka berdua bermimpi untuk mempunyai keluarga yang besar, tetapi ia mengubah hidup mereka dengan ketara.

“Saya tidak pasti sama ada kami akan menjadi keluarga terbesar di dunia, tetapi kami pasti merancang untuk menjadi keluarga paling bahagia di dunia,” katanya kepada Fabulous.

Sumber : Harian Metro

Jangan lupa like and share ya..

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button