“Tak cakap apa apa pun aku ketawa dah.” ,Netizen Berdekah Tengok Imran Bard Akhirnya Berjumpa Dengan Kembar

Nama Imran Bard bukan lagi satu nama asing dalam kalangan anak muda di media sosial sekarang ini. Malah dia juga turut mempunyai pengikut yang ramai di media sosial dengan telatah lucunya yang sering menjadi hiburan ramai.
Baru-baru ini pula, perkongsian terbarunya ini sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila dia akhirnya berjumpa dengan kembar yang disebut-sebut selama ini. Sebaik sahaja video tersebut dimuatnaik, ia mula tular dikongsikan dan kini meraih hampir dua juta tontonan setakat ini.
https://youtu.be/doEkT5Njf9U
Menerusi video yang dikongsikan ini, Imran Bard dilihat bersama-sama seorang individu yang pernah dikaitkan dengan dirinya sebelum ini. Memandangkan wajah mereka yang hampir sama ini, ramai yang menggelarkan mereka sebagai kembar dan mengharapkan Imran dapat bertemu dengan individu tersebut.
Selepas ramai yang menantikannya, Imran Bard akhirnya berjumpa dengan individu tersebut dan sempat merakamkan gambar bersama-sama. Gelagat kedua-duanya yang sangat kekok ketika bergambar itu turut membuatkan netizen berdekah melihatnya.
Dalam masa yang sama, ramai yang turut terkejut dengan persamaan wajah di antara kedua-duanya ini yang kelihatan seperti adik beradik. Malah ada juga yang berseloroh menggelarkan mereka sebagai adik beradik yang terpisah gara-gara persamaan mereka ini.
“Tak cakap apa apa pun aku ketawa dah.”
“Peh dah macam adik dengan kakak.”
“Adik beradik yang telah lama terpisah ke.”
Sumber : himpunan cerita lawak
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: