Selepas 12 Tahun, Akhirnya Siti Nordiana Kongsi Kisah Pencer4iannya…

Bekas juara Gegar Vaganza musim ke-2, Siti Nordiana kini sudah bersedia untuk berkongsi kebenaran di sebalik krisis rumah tangga sehingga menyebabkan dia bercerai dengan bekas suaminya, Allahyarham Faizal Yusup.
Dipetika dari Utusan Online, Nana berkata sehingga hari ini, belum ada seorang pun benar-benar tahu punca sebenar mereka berdua bercerai setelah selama lebih tiga tahun bersama. Nan dan Faizal bernikah pada 29 April 2006 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Nakhaie yang lahir pada 21 Mac 2008.
Mengenangkan kembali kisah perceraian ini, Nana akui berasa sangat sedih. Selepas pemergian arwh ke rahmatullah pada 1 Januari 2011, dialah individu tunggal yang mengetahui kisah dalam kelambu perkahwinan mereka.
Saya berasa amat hiba dan sebak tatkala mengingat kembali masa lalu. Saya tidak sangka akan tempuhi dugaan seberat itu dan Alhamdulillah, berjaya juga laluinya.”
“Sebenarnya dia dah lafaz ceraikan Nana sebanyak dua kali dalam bulan yang sama iaitu bulan Ogos yang lalu, kali pertama tu dia ceraikan Nana dengan talak satu, tetapi kami rujuk kembali secara bersendirian dan pada hujung Ogos dia lafazkan lagi sekali dengan talak dua.
“Jadi Nana rasa dah tak boleh nak tangguh lagi dan memang Nana dah nekad untuk berpisah dengan dia,” jelas Nana yang telah banyak melakukan solat hajat dan mendapat petunjuk bahawa berpisah adalah jalan penyelesaian yang sesuai.
Ditanya apakah punca sebenar keretakan rumah tangganya bersama Faizal, Nana hanya mengatakan mereka sudah tidak sependapat dan tidak mahu mendedahkan punca lain kerana perkara ini masih belum mendapat pengesahan dari pihak mahkamah.
“Puncanya hanya kami sudah tiada persefahaman, kami sudah berbeza dari segi pendapat itu sahaja… punca yang lain Nana tak boleh nak dedahkan lagi buat waktu ini.
“Ikutkan dia dah ceraikan Nana dengan talak tiga, tapi lafaz dia pada kali pertama tu masih tidak dapat dipastikan lagi sah atau tidak.
“Dari awal perkahwinan lagi kami sudah selalu berselisih pendapat, tetapi kami sentiasa cuba untuk menyelamatkan perkahwinan kami, cuma kali ini Nana rasa dah tak boleh nak diselamatkan lagi…
“Pintu hati Nana juga buat masa ini sudah tertutup untuk bersama dia semula dan memang Nana dah nekad untuk berpisah,” ujar Nana yang turut memberitahu dia diceraikan hanya melalui panggilan telefon yang dibuat oleh Faizal
Menurut artis yang berasal dari Negeri Sembilan ini juga, perkahwinannya bersama Faizal bukanlah satu kesilapan yang dilakukan sebaliknya Nana menganggap semua ini sebagai satu pengajaran dalam meneruskan hidup.
“Bagi Nana perkahwinan ini bukan satu kesilapan, sebaliknya satu pengajaran buat Nana untuk meneruskan hidup selepas ini.
“Faizal bukanlah seorang lelaki yang jahat, dia pun banyak mengajar Nana erti kehidupan dan menjadi seorang yang kuat.
“Nana kira bernasib baik kerana perkara ini berlaku semasa Nana masih muda, sekurang-kurangnya Nana masih mampu untuk bekerja lagi untuk membela nasib Nana dan anak kami, Muhammad Rayyan Nakhaie,” kata Nana yang sudah lebih tiga tahun mendirikan rumah tangga bersama Faizal.
Siti Nordiana tidak pernah menyembunyikan kewujudan anak bekas arwah suami, Allahyarham Mohd Faizal Mohd Yusop iaitu Muhammad Raqqim Fyzal, 7, kepada anaknya, Muhammad Rayyan Nakhaie, 10.
Siti Nordiana atau mesra disapa Nana, 34, berkata, sejak kelahiran Raqqim dia sudah berkongsi perkara itu dan gembira hubungan kedua mereka akrab hingga sekarang.
“Selepas arwh men1nggal, Raqqim pun lahir. Ketika itu saya beritahu Rayyan yang dia ada adik. Rayyan sangat gembira dan menyayangi adiknya.
Walaupun tidak tinggal bersama, tetapi mereka kerap berjumpa. Kalau kebetulan saya dan isteri arwh iaitu Rosmunira Rashid menghantar anak ke rumah mak arwh, jadi mereka berjumpa di situ.
“Apatah lagi, bekas keluarga mentua juga jenis menjaga silaturahim. Walaupun saya dan arwh bercerai, mereka tidak menganggap saya orang asing dalam hidup mereka. Disebabkan itu kami baik sampai sekarang,” katanya kepada .
Terdahulu, Nana yang juga pelakon Klik Pengantin Musim Salju berkongsi gambar bersama Rayyan dan Raqqim di Instagram beserta kapsyen ‘2 Hero Mama’.
Nana berkata, dia dan Rosmunira juga sering berhubung malah berharap hubungan mereka terus dipelihara meskipun masing-masing sibuk dengan kerjaya.
“Sejak kali pertama berjumpa, saya sudah melupakan semua yang terjadi. Saya okey saja dan kami terus berhubung. Kalau nak jumpa di luar memang susah, jadi rumah mak arwh tempat kami selalu berkumpul.
“Macam semalam, kami pergi melawat mak arwh yang kurang sihat. Jadi, kami berjumpa di situ dan saling berkongsi cerita,” katanya.
Nana dan arwah Faizal berkahwin pada 29 April 2006 sebelum bercerai pada 14 September 2009.
Arwah Faizal kemudiannya berkahwin dengan Rosmunira Rashid pada 2010 sebelum men1ngg4l dunia pada Januari 2011.
Ketika itu, Rosmunira mengandung lima bulan.
sumber : Harian Metro
Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: