“Saya Dulu Pun Cantik Masa Muda..”, Ellie Suriaty Titip Pesanan Buat Pengiat Seni Masa Kini

“Kalau cakap cantik ke tidak, saya dulu pun pernah cantik masa muda muda, lawa..”
Menganggap soal cantik itu adalah subjektif, aktres, Ellie Suriaty, 53, bagaimanapun percaya, bakat sepatutnya menjadi keutamaan buat semua pengamal industri kreatif.
Namun, satu tentang bakat, ia tidak ada pada semua orang dan kewujudannya umpama satu anugerah istimewa pada diri seseorang itu.
“Bakat adalah anugerah Allah SWT. Ia sangat khusus pada orang tertentu. Jadi saya tak melihat pada rupa paras kerana ia subjektif. Kalau cakap cantik ke tidak, saya dulu pun pernah cantik masa muda muda, lawa!
“Dalam hal ini, bukan soal cantik, tapi saya lihat ada kelemahan di bahagian penghasilan skrip. Ia wajar dipelbagaikan untuk beri ruang pekerjaan dalam industri seni, buat mereka yang berbakat,” katanya.
Tambah Ellie, dia tidak menghentam seseorang artis atau pelakon itu yang gemar ingin tampil cantik dan tampan kerana itu soal bagaimana mereka menjaga keterampilan dan kesihatan diri.
“Kalau dia jaga bab itu, ia sesuatu yang positif bagi saya. Tapi, kena ingat. Bila anda berjalan masuk ke dalam sebuah majlis hiburan, meski ramai orang cantik dan berpenampilan cantik, anda akan nampak yang outstanding adalah mereka yang kita tahu kualiti dan disiplin kerjanya.
“Ini bukan outstanding dari segi kontroversi ya. Tapi bakat dan kerjayanya yang begitu menyerlah walaupun ketika itu, busana yang dipakainya sangat sederhana.
“Satu yang saya ingin pesan pada semua, orang yang berbakat mestilah menjadi orang yang tidak malas. Semuanya kena bergerak seiring,”katanya.
Kongsi Ellie, bagaimanapun, amat mustahil untuk menemui 10 atau 100 orang yang berbakat besar dalam satu masa sama.
“Sekarang banyak artis dan bakat baru yang ada macam cendawan tumbuh. Tapi, bakat boleh diasah sebenarnya. Mana boleh dapat sekali gus serentak. Tak kisahlah sama ada pelakon, penyanyi, pengarah, penulis, pelukis sekali pun.
“Pihak TV pun kena main peranan. Kalau pengikut ramai di media sosial, tidak bermaksud seseorang itu benar-benar berbakat.
“Pula itu jika hanya berpaksikan pada rupa paras semata. Tak bolehlah cop dah boleh berlakon jadi hero atau heroin,” katanya.
Berpisah dengan suami
Pada bulan Mei yang lalu , Ellie Suriati mengumumkan sudah berpisah dengan suaminya.Tiada lagi keserasian menjadi punca kepada perceraiaan pasangan pelakon, Ellie Suriaty Omar dan Azri Iskandar meski sudah 19 tahun mereka mendirikan rumah tangga bersama.
Menurut Ellie yang pernah memenangi anugerah Pengarah Harapan di Festival Filem Malaysia Ke-26 menerusi filem Penanggal, dia telah memfailkan permohonan ceraaii ke atas suaminya, Azri sebelum Ramadan yang lalu.
“Ini adalah suatu keputusan yang sukar untuk saya buat. Tetapi, saya sudah memikirkannya masak-masak dan akhirnya, ia perlu dilakukan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Azri untuk segala saat-saat indah, kenangan manis serta pengalaman hidup yang kami lalui bersama sebagai suami isteri.
“Dia juga seorang bapa yang baik dan cukup menyayangi anak-anaknya. Tapi, rasanya sudah tertulis sampai di sini sahaja jodoh kami. Saya berharap ramai yang akan mendoakan yang terbaik untuk kami,” katanya.
Ellie masih lagi menjalani penggambaran filem Telaga Suriram arahan Osman Ali selepas terlibat sebagai konsultan untuk pementasan Putri Santubong: The Warrior Princess oleh Perkampungan Budaya Sarawak di Kuching, Sarawak pada tahun lalu.
Hasil perkahwinan selama ini, mereka telah dikurniakan dua cahaya mata, Azrell Omar Azri Iskandar, 18 dan Nur Azreen, 13 serta dua lagi yang telah menlnggaI dunia sebelum sempat dilahirkan.
Sumber : Utusan & Instagram
Kredit: Dunia Cerita
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: