“12 Tahun Lepas, Waktu Baru Mula Niaga…,” – Rezeki… Mila Jirin Syukur Kini Ada 6 Buah Lori Sendiri

Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin menzahirkan rasa syukur selapas impiannya untuk memiliki lori sendiri akhirnya menjadi kenyataan.
Menurut Mila, dia sebenarnya telah menyimpan hasrat tersebut sejak pertama kali menceburi bidang bisnes sejak lebih sedekad yang lalu.
“12 tahun lepas, waktu baru mula berniaga dalam industri makanan, memang kerap sangat sewa lori. Selalu berangan nak beli lori sendiri.
“Tengok company orang ada lori mesti dalam hati berdoa satu hari nak beli lori. Tengok lori lalu sebelah kereta, mesti cakap pada encik suami, ‘Kita akan beli lori’,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Persis Mutiara itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Katanya lagi, berkat usaha kerasnya selama ini, dia telah berjaya mempunyai enam buah lori miliknya sendiri.
“Alhamdulillah bukan hanya satu lori Allah bagi tapi dah masuk enam biji lori. Nikmat Allah manakah yang kita dustakan?,” kongsinya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa kagum selain turut mendoakan semoga Mila akan terus sukses lagi pada masa akan datang.
“Berangan je apa-apa nak dulu. Nanti lambat laun InsyaAllah dapat.
“Selalu berangan nak jadi macam Mila and team. Semoga terus sukses ya.
“Mempunyai bidang bisnes yang sama, saya harap satu hari nanti dapat menjadi seperti bizmilla. Semoga terus sukses.
“Terinspirasi betul dengan Mila ni.
“Tahniah Mila, adore sangat,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar informasi, Mila kini aktif menjalankan bisnes perancang perkahwinan dan katering.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Mila Jirin
Sumber: MH
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: