Hiburan

“Tak berbaloi dan rasa seperti diperlekehkan, saya hairan kenapa hanya RM100?” – Ini luahan Jalil Hamid isu royalti

PETALING JAYA: Penyanyi lagu Ayam dan Raya, Jalil Hamid, 65, mendedahkan hanya menerima bayaran royalti RM100 hingga RM300 setahun walaupun lagu-lagunya sentiasa mendapat permintaan peminat.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Jalil dalam nada kesal berkata, dia hairan mengapa bayaran royalti yang diterima tidak selari dengan populariti lagu-lagunya.

“Memang ada terima bayaran royalti tetapi, saya hairan kenapa hanya RM100?. Ada sekali RM300. Padahal lagu-lagu saya banyak. Bagi saya tidak berbaloi dan setimpal.

“Kalau diikutkan lagu-lagu saya masih popular dan di radio-radio negeri, lagu-lagu saya masih menjadi pilihan serta ada yang menjuarai carta. Sehingga ke Singapura.

“Malah ada ramai rakan-rakan pelawak saya yang memilih menyanyikan lagu Ayam atau Raya di majlis-majlis tertentu, tetapi itulah royalti yang diterima, tidak berbaloi,” katanya.

Sebelum ini, beberapa artis menyuarakan kekesalan mereka apabila bayaran royalti yang diterima tidak selari dengan populariti lagu.

Malah ada penyanyi yang tidak pernah menerima sebarang bayaran walaupun sudah berbelas tahun dalam industri seni muzik.

Dalam pada itu, Jalil turut mendedahkan dia pernah ditawarkan bayaran serendah RM200 bagi menjayakan satu watak oleh sebuah produksi.

Namun jelas pelakon drama popular Ayahanda ini, dia menolak tawaran tersebut dan menyifatkan bayaran itu sebagai memijak maruah seorang anak seni.

 

“Saya tolak sahaja. Tak berbaloi dan rasa seperti diperlekehkan. Ramai juga anak seusia dan seangkatan saya mengadu perkara sama.

“Bagi saya, tolak sahaja. Insya-Allah ada rezeki lain. Tak perlu rendahkan maruah kita sebagai anak seni,” katanya.

Sumber : Utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button