Hiburan

[VIDEO] “Saya menangis masa Makder cakap tapak tangan dia sama” – Kejutan hari lahir, Raisuddin tergamam jumpa wanita seiras arwh Siti Sarah…

IMPIAN Raisuddin Hamzah ingin bertemu dengan wanita yang dikatakan mirip anaknya, Allahyarham Siti Sarah tercapai apabila dia dipertemukan dalam satu majlis sempena ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, isteri Raisuddin iaitu Siti Fatimah Suberi memuat naik rakaman video suaminya bertemu dengan wanita bernama Emy dan mengucapkan terima kasih kepada wanita itu kerana sanggup meluangkan masa bersama mereka.

“Masa mula-mula orang kata muka dia sama dengan arwh, suami ada bagi tahu teringin sangat nak jumpa dengan Emy ni. Nak bawa jumpa tapi masih belum berkesempatan di atas faktor masing-masing sibuk.

“Sempena hari lahir kita bawa Emy untuk meraikan sekali hari lahir bersama-sama dengan kami semua. Terima kasih pada famili dan rakan-rakan yang hadir untuk meraikan hari lahir abah.

“Terima kasih jugak untuk Emy dan keluarga yang sudi terima pelawaan kami,” tulisnya di ruangan kapsyen pada Selasa.

 

Makder dan Uwais bersama wanita mirip arwh Siti Sarah bernama Emy.

Dalam rakaman video berdurasi dua minit itu, Raisuddin dilihat terkejut apabila menatap wajah Emy buat pertama kali kerana hampir serupa dengan arwah.

Malah, rata-rata netizen turut bersetuju mengenai perkara itu dan memberitahu wajah Emy seiras dengan penyanyi lagu Kesetiaan itu.

“Ya Allah memang sama. Saya menangis tengok video ni. Allahuakbar sedihnya terlalu rindu arwh.

“Saya menangis masa Makder (nama panggilan Fatimah) cakap tapak tangan dia sama.

“Nampak sangat kerinduan di wajah ayah arwh. Anak arwh Uwais pun mampu tengok saja,” tulis netizen.

 

Foto kenangan arwh Siti Sarah bersama suami, Shuib dan anak-anak.

Untuk rekod, Shuib dan Sarah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011.

Sarah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi, 9 Ogos tahun lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) akibat Covid-19.

Allahyarham menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos yang diberi nama Ayash Affan.

Selain Ayash, Shuib dan Sarah juga dikurniakan tiga orang cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

 

 

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button