Hiburan

“Aripah Damanhuri Telah Pulang Ke Ya Khaliq, Seniwati Yang Saya Hormati,”- Fauziah Ahmad Daud

Seniwati, Fauziah Ahmad Daud memaklumkan sahabatnya yang juga merupakan pelakon senior, Aripah Damanhuri telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Khabar duka itu dikongsikan sendiri oleh Fauziah menerusi entri terkini di laman Instagram.

Menurut Fauziah atau lebih mesra disapa Ogy, sebagai rakan industri, dia sememangnya amat menghormati keperibadian Aripah selama ini.

 

“Seniwati Aripah Damanhuri telah pulang kepada ya Khaliq. Seniwati yang saya hormati. Allahyarhamah merupakan kakak kepada seniwati Normah Damanhuri.

“Ya Allah ampunilah dia. Belas kasihanilah dia. Hapuskanlah dan ampunilah segala
dosa-dosanya. Tempatkan dia bersama para-para syuhada. Aamiin Allahumma Aamiin.

“Takziah buat seisi keluarga. Allahyarhamah Aripah Damanhuri,” tulisnya.

Dikesempatan itu juga, Fauziah turut menitipkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Aripah selain turut mendoakan semoga mereka diberikan kekuatan untuk menempuh detik sukar ini.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sedih diatas perkhabaran tersebut.

Sekadar informasi, Allahyarham Aripah merupakan kakak kepada pelakon senior yang kini sedang membintangi filem 3 Janda Melawan Dunia, Normah Damanhuri.

Beberapa minggu lalu, Normah memaklumkan kakaknya itu telah menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat jangk1tan kuman pada paru-paru.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Fauziah Ahmad Daud

Sumber: MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button