Viral

“Tetamu tak diundang..” – Gara-Gara Layan Dengan Baik Seorang Vlogger China, Afeef Hamizan Pula Yang Dijemput Ke Rumahnya!

Jitra: Pelajar tingkatan empat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kubang Pasu, Afeef Hamizan Mohd Huzaizi bukanlah satu-satunya anak Melayu yang fasih bertutur bahasa Mandarin. Bagaimanapun, videonya bertutur dengan vlogger wanita berasal dari Wuhan, China yang dimuat di TikTok menarik perhatian ramai hingga meraih sejuta tontonan.

Berkongsi kisah sebenar, Afeef Hamizan, 16, mengakui tidak mengenali vlogger itu dan baru berkenalan ketika wanita berkenaan bertandang ke rumah datuknya di Kampung Kuala Kurau, Perak pada Syawal kedua lalu.

“Vlogger itu datang mengejvt ke rumah datuk saya pada kira-kira jam 8.30 hingga 10 pagi. Difahamkan, dia berjalan di sekitar kampung dan singgah ke rumah datuk kerana tertarik dengan rumah datuk saya.

“Ayah cuba bercakap dengannya dalam bahasa Inggeris namun wanita itu tidak faham jadi ayah kejutkan saya bangun daripada tidur kerana saya saja boleh bercakap bahasa Cina (Mandarin),” katanya ketika dihubungi Metro Ahad.

Menurut Afeef Hamizan, keluarganya sempat menjamu wanita itu dengan hidangan raya dan dia turut menunjukkan vlogger berkenaan ketupat serta cara menikmatinya.

Selain itu, Afeef Hamizan turut membawa wanita berkenaan berjalan di sekitar rumah sambil bersembang dalam bahasa Mandarin.

“Banyak yang kami bualkan, malah dia turut bertanya kepada saya bagaimana boleh bertutur dalam bahasa Mandarin dan merakam video saya.

“Sebelum pulang, dia ada minta nombor telefon saya dan mengundang saya ke rumahnya yang tinggal bersama suami dan anaknya di Pulau Pinang. Keesokan harinya iaitu pada Syawal ketiga, saya muat naik video di TikTok dan sekadar kongsi untuk kenangan saja, namun lain pula jadinya apabila dapat banyak tontonan hingga mencecah sejuta dalam masa beberapa hari saja,” katanya yang sudah berkunjung ke rumah vlogger itu dan sempat merakam video soal jawab daripada pengikutnya.

 

Menceritakan latar belakangnya, Afeef Hamizan berkata, dia fasih bertutur bahasa Mandarin kerana sudah mempelajarinya sejak dimasukkan ke tadika Cina ketika berumur lima tahun lagi.

“Pada mulanya memang mencabar kerana tidak faham bahasa Mandarin. Jadi, saya hanya dapat bersembang dengan rakan Melayu saja, itu pun dua ke tiga orang saja.

“Habis tadika, saya dimasukkan pula ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pei Yu, Kepala Batas, Pulau Pinang dan dikelilingi 90 peratus rakan berbangsa Cina.

“Memandangkan setiap hari saya bertutur dalam bahasa Mandarin, lama kelamaan jadi fasih.

“Lapan tahun juga saya dapat pendidikan di sekolah Cina sebelum dimasukkan ke MRSM Kubang Pasu, jadi perlu membiasakan diri pula belajar dalam bahasa Melayu serta Inggeris,” katanya yang juga anak sulung daripada tiga beradik.

Afeef Hamizan berkata, buat masa ini dia belum bersedia membuka kelas bahasa Mandarin walaupun ada permintaan daripada individu sekeliling.

“Tak terfikir lagi untuk menjadi guru bahasa Mandarin namun jika ada yang bertanya makna perkataan tertentu, saya akan jawab saja. Lagipun, saya sendiri masih belajar dan anggap diri ini biasa-biasa saja,” katanya yang berhasrat menyambung pengajian dalam bidang pergigian jika ada tawaran kelak.

Video:

 

 

Sumber: hmetro

Kredit: https://news452online.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button