(Video) “Terkena 1997 sampai sekarang…”- Ustaz Kazim Elias buang ‘makeup’ di Meletop kongsi keadaan sebenar

Umum diketahui, sejak akhir-akhir ini pendakwah terkenal Datuk Mohd Kazim Elias mendapat perhatian ramai di media sosial selepas berkongsikan penyak1t misteri yang dihadapinya.
Malah perkongsian Ustaz Kazim Elias itu menerima pelbagai komen positif mahupun sebaliknya namun secara eksklusif terbaharu di rancangan Meletop, Ustaz Kazim Elias hadir menceritakan keadaannya kepada umum.
Ustaz Kazim Elias dalam temubual dirinya bersama pengacara Meletop, Nabil Ahmad dan Elly Mazlein menafikan ia satu marketing atau sekadar propa untuk filem malah penyak1t misteri dihadapinya juga difahamkan sejak tahun 1997 sehingga sekarang.
Walau bagaimanapun, meskipun keadaan kesihatannya sedemikian namun ia tidak menjadi penghalang buat Ustaz Kazim Elias berdakwah dan dia tetap ingin meneruskannya, kongsi pendakwah ini lagi di Meletop.
Ustaz Kazim Elias juga sanggup membuang makeup di wajahnya demi menunjukkan keadaan sebenar dialaminya malah ia turut mengejutkan buat Nabil Ahmad dan Elly Mazlein yang dapat melihatnya dengan lebih dekat.
Ujar Ustaz Kazim Elias di rancangan tersebut, juga dia perlu bangun dan sekurang-kurangnya ketika dia bekerja, dirinya dapat melupakan penyakit misteri dihadapinya. Namun dalam pada masa sama, Ustaz Kazim Elias turut berkongsi keadaan sebenar dirinya di bahagian wajah dan kedua kakinya.
Sumber: HCL
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: