“Berhati-hatilah Jika Sentiasa Diberikan Nikmat Tanpa Henti Walau…”- Ustazah Asma Harun ‘Sound’ Ifa Raziah?

Pendakwah terkenal, Ustazah Asma Harun tampil memberikan teguran selepas pelakon, penyanyi, dan pengacara Ifa Raziah baru-baru ini memberikan kenyataan mengejutkan berhubung isu menutup aurat dan makanan halal.
Berhati-Hati Jika Sentiasa Diberikan Nikmat Tanpa Henti Walau Hidup Dalam Fasiq
Menerusi hantaran di Facebook, Ustazah Asma menitipkan pesanan agar berhati-hati sekiranya sentiasa diberikan nikmat yang melimpah-ruah walaupun hidup dalam keadaan fasiq.
“Seandainya kita sentiasa diberikan nikmat yang melimpah-ruah tanpa henti walaupun hidup dalam keadaan fasiq iaitu melakukan maksiat yang nyata, berhati-hatilah dengan rezeki yang dikurniakan Maha Pemberi Rezeki kepada kita.
Tanda istidraj ke atas seseorang itu adalah Allah membiarkan dia dalam kemaksiatan yang dilakukan dan tidak disegerakan azab ke atasnya.”-Ustazah Asma
Apa Perubahan Pada Diri Selepas Pulang Mengerjakan Umrah atau Haji
Tambahnya lagi, pendakwah bebas ini turut memberitahu peluang untuk menunaikan haji atau umrah itu memang direzekikan kepada insan yang terpilih namun yang penting adalah apa perubahan yang berlaku selepas pulang menunaikan haji atau umrah.
“Alhamdulillah peluang untuk menunaikan haji atau umrah itu memang direzekikan kepada mereka yang terpilih, namun kayu ukur yang lebih penting ialah APA PERUBAHAN yang berlaku pada diri kita SELEPAS PULANG daripada haji atau umrah?
Adakah akhlak dan ibadah kita lebih baik, sama sahaja atau semakin buruk? Allahu Akbar.”-Ustazah Asma
Beri Teguran Bukan Untuk Kejar Populariti
Dalam pada itu, Ustazah Asma menjelaskan bahawa dirinya bukanlah memberikan teguran hanya mahu mengejar populariti kerana ia bukanlah satu kebanggaan atau anugerah.
“Para pendakwah, orang awam termasuk saya yang menegur bukan nak tumpang populariti sesiapa atau nak kejar rating. Popular dan pengaruh bukanlah satu kebanggaan atau anugerah, sebaliknya hanya alat dan amanah digunakan kepada jalan mengajak kebaikan atau mencegah kemungkaran. Kita akan dipertanggungjawabkan kelak.”-Ustazah Asma
Pendakwah bebas ini turut memberitahu mengenai penulisannya itu lahir daripada rasa kasih sayang dan hormat kepada semua, atas dasar saudara se-Islam. Malah menitipkan pesanan mengenai cara hidup manusia di atas bumi Allah ini bukanlah semata-mata bersandarkan logik akal atau pendapat peribadi, tetapi setiap perkara ada garis panduannya menurut Al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW.
Sumber: murai.my
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: