Hiburan

“8 Tahun Kenal Hati Budi, Suami Kerja Di Labuan,” – Selamat Nikah 13 Mei Lalu, Hanna Aqeela Syukur Terharu

Tiada ‘hint’ atau berkongsi momen menuju hari bahagia, rupa-rupanya pelakon, Hanna Aqeela telah selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya, Muhammad Farid Sakri pada 13 Mei lalu di Putra Glass Hall, Shah Alam, Selangor.

Menurut Hanna ketika dihubungi MH, dia tidak berniat merahsiakan soal perkahwinan, sebaliknya lebih selesa untuk tidak terlalu terbuka mengenai hal peribadi.

“Jujurnya tiada niat nak berahsia cuma pendekatan kami sejak dahulu memang begitu. Tidak terlalu terbuka mengenai hubungan kami. Majlis pun kami hanya berkongsi bersama keluarga dan teman rapat sahaja.

 

“Sebab saya pun risau, selagi belum betul-betul pasti, sebaiknya tak perlulah dikongsikan. Bagi saya, tak semua orang suka kalau kita selalu kongsi mengenai hal peribadi.

“Kami sudah lapan tahun mengenali hati budi dan baru sekarang hajat kami untuk melayari bahtera perkahwinan dimakbulkan, alhamdulillah.

“Kami selamat bernikah pada 13 Mei lalu manakala majlis resepsi pula diadakan sehari selepas itu,” katanya.

Pelakon drama Suara Hati ini pada masa menambah, meskipun terpaksa jalani perhubungan secara jarak jauh sejak tiga tahun kebelakangan ini, namun, dia bersyukur kerana impiannya untuk mendirikan rumah tangga dipermudahkan.

“Salah satu sebab kami mengambil masa selama lapan tahun sebelum memutuskan mendirikan rumah tangga adalah kerana kami harus menjalani hubungan secara jarah jauh.

“Suami akauntan dan ketika ini bekerja di Labuan. Kami sempat berbulan madu sekejap sebelum suami harus meneruskan semula kerja-kerjanya di sana.

“Jadi, kami sebenarnya dah terbiasa berjauhan tapi suami pun ketika ini sedang cuba memohon untuk ditukarkan ke Kuala Lumpur. Harapnya dapatlah.

“Saya bersyukur kami akhirnya ke jenjang pelamin sebab kami pun bersama agak lama. Umur saya masuk 32 dan adik-adik saya ada yang dah berkahwin,” kongsinya lagi.

 

Bercakap soal kerjayanya selepas berkahwin, Hanna memberitahu, dia percaya rezeki dan berserah aturan Allah SWT.

“Memang tidak dinafikan, pada mulanya saya ada sedikit risau. Kemudian, lihat rakan artis lain yang berkahwin dan kehidupan mereka okay sahaja. Malah, rezeki mereka makin bertambah.

“Walaupun selepas berkahwin saya masih lagi menerima tawaran lakonan. Jadi, saya percaya yang rezeki itu Allah SWT. Saya hanya perlu bersyukur,” katanya lagi.

Foto: Instagram Hanna Aqeela

Sumber: MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button