[VIDEO] Buang Patung Sembahyang Dalam Tong Sampah, Lelaki Dibvru Polis

Seorang lelaki yang tular selepas bertindak membuang patung sembahyang agama Hindu ke dalam tong sampah kini dibvru pihak polis daerah Kulai, Johor.
Patung diletak sebagai hiasan
Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow, kejadian yang berlaku di Taman Scientex Senai pada 15 Mei lalu itu tular selepas satu rakaman video berdurasi 42 saat dimuat naik pengguna akaun Facebook Krishnamoorthy Vichu, lalu mendapat perhatian umum.
Polis telah menerima satu laporan daripada seorang lelaki berkenaan rakaman kejadian itu pada pukul 4.30 petang, 15 Mei lalu. Kejadian itu berlaku pada pukul 9 pagi dihadapan rumah pengadu yang beralamat di Taman Scientex Senai.
Pengadu mengesahkan patung sembahyang Dewa Ganesh itu diletakkan di luar halaman rumah untuk tujuan hiasan dan bukannya untuk tujuan sembahyang.
Tambah Beng Yeow, pengadu juga memaklumkan tiada sebarang kerosakan ke atas patung tersebut dan ia telah diletakkan kembali ke tempat yang asal.
Salinan rakaman CCTV kejadian telah diambil pihak polis bagi tujuan siasatan lanjut manakala kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.
Video:
Sumber: kosmo
kredit: ohbulan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: