“Sesiapa yang boleh tolong ubatkan saya tolonglah.” – Ustaz Kazim mohon bantuan carikan penawar

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim memohon bantuan orang ramai yang boleh mengubati penyakit dialaminya.
Beliau dalam satu hantaran di media sosial hari ini memuat naik gambar sebelah tangannya yang ditumbuhi beberapa ketulan kecil warna hitam.
“Sesiapa yang boleh tolong ubatkan saya tolonglah. Berat mata memandang berat lagi bahu yang menanggung. Pada Allah kita berserah,” katanya tanpa menyatakan apakah penyakit yang dialaminya itu.
Rata-rata netizen menzahirkan rasa simpati terhadap keadaan Ustaz Kazim dan mendoakan semoga penyakit dialaminya cepat sembuh.
Tidak kurang juga netizen yang berpendapat Ustaz Kazim sekali lagi menjadi m4ngsa sih1r seperti dialaminya pada tahun lalu yang menyebabkan kaki kirinya membengkak.
Kosmo! Online pada 1 Oktober 2021 melaporkan Ustaz Kazim berada dalam keadaan kurang sihat dipercayai terkena buatan orang.
Beliau ketika itu mendakwa menemui kotak berisi abu dan gambarnya yang dibakar di pusat pengajiannya. – KOSMO! ONLINE.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: