“Hari ini hari ke-7 bersama putera tersayang…,” – Mira Filzah & Wan Emir Kongsi Wajah dan Nama Anak

Pelakon dan pengacara, Mira Filzah, 29, yang selamat melahirkan cahaya mata lelaki seminggu lalu mendedahkan wajah putera sulungnya itu buat tatapan peminat.
Menerusi Instagram, Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 itu turut berkongsi nama permata hati iaitu, Wan Khair Amir.
Jelas Mira, ‘Khair’ bermakna baik dan elok sementara ‘Amir’ pula memberi maksud ‘orang yang memegang perintah dan pemimpin’.
“Hari ini hari ke-7 bersama putera tersayang kami. Dengan rasa penuh keinsafan dan kesyukuran, kami menamakan putera kami, Wan Khair Amir bin Wan Emir Astar.
“‘Khair’ membawa makna ‘baik, elok’, juga diambil daripada nama arwh Papa (Wan Mohammad Khair-il Anuar).
“‘Amir’ pula bermaksud ‘orang yang memegang perintah, pemimpin’, juga diambil sebagai variasi daripada nama kami berdua Emir dan Amirah,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Menerusi posting sama, Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman turut memaklumkan majlis taknik juga telah disempurnakan.
“Alhamdulillah, ibadah tahnik dan bercukur juga selamat dilaksanakan, jazakkallahu khairan
buat Ustaz @ddaniyaldbiyajid kerana meluangkan masa untuk bersama kami dalam majlis keluarga ini.
“Moga sunnah Rasulullah SAW terus hidup dan mekar dalam setiap langkah kehidupanmu wahai putera kami.
“Ya Rabb, kami akan usaha, mengharap dan bertawakkal kepada-Mu, agar dipimpin setiap langkah Wan Khair Amir dalam menempuh kehidupan di bumi-Mu ini, membesar sebagai anak yang baik dan soleh, dan menjadi insan yang berbakti kepada agama, bangsa dan tanah air, aamin YRA,” tulisnya lagi.
Terdahulu pada Januari lalu, Wan Emir mengesahkan isterinya berbadan dua selepas berbulan menyimpan rahsia.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2 September 2020 dan turut diraikan dalam empat majlis berasingan.
Wan Emir turut memuat naik posting sama yang sekali gus mendapat pelbagai titipan tahniah serta doa yang baik-baik dari rakan artis dan peminat.
Sumber: MH
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: