“Tak Boleh Bangun, Tak Boleh Susu…,” – Syatilla Melvin Kembali Masuk H0spital Lepas 4 Hari Bersalin Selepas Alami Sakit Kepala Tervk

Selepas empat hari menjalani prosedur pembedahan melahirkan anak ke tiga, pelakon, Syatilla Melvin memaklumkan dirinya kini terpaksa kembali dan mendapatkan rawatan di hospital.
Menurut Syatilla, ketika ini, dia mengalami simptom sakit kepala yang agak teruk sehingga menyebabkan dirinya tidak mampu bangun serta menyusukan bayinya itu.
“Hari ke empat lepas Caesarean. Tumpas lagi ke pangkuan hospital balik
“Kena spinal headache attack yang sangat tervk. Tak boleh bangun, tak boleh susu baby dan even tak pegang baby sangat pun.
“Serik ya Allah. Doakan Tilla,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dimaklumkan sendiri oleh isteri kepada pelakon Shaheizy Sam itu menerusi hantaran terkini di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Syatilla turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan semoga keadaan kesihatannya dapat kembali pulih seperti sedia kala.
Terdahulu, Syatilla telah selamat melahirkan caya mata ketiganya yang diberi nama Salama Samheizy pada tanggal 9 Mei lalu.
Sam dan Syatilla telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 8 Februari 2016.
Anak ketiga pasangan ini diberi nama Salama Samheizy.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini turut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu iaitu Syeriv Samheizy, 5, dan Sarima Samheizy, 2.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Syatilla Melvin
Kredit: MH
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Untuk Komen Dan Share Banyak² Ya.. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut