Hiburan

“Ingatkan mak dia” – Sebijik Sama Macam Datin Shahida, Anak Dara Aliff Syukri Raih Tumpuan

 

Keluarga usahawan popular Dato Sri Aliff Syukri dan Datin Shahida sentiasa menjadi perhatian ramai di media sosial. Macam gelagat anak dara pada pasangan ini yang mencuri tumpuan dengan kecantikannya yang semakin lama mirip dengan ibunya sendiri.

Perkongsian video yang dikongsikan di akaun milik Datin Shahida ini tular apabila ramai yang tidak menyangka gadis itu adalah anaknya dan bukannya Datin Shahida sendiri. Malah video itu kini menerima lebih dua juta tontonan setakat ini.

Video:

@shahidadherbs2

Si kakak jeles dengan adik #fyp #fyp

original sound – Nur Shahida Mohd Rashid – Nur Shahida Mohd Rashid

Di dalam video yang dikongsikan ini, Datin Shahida berkongsikan situasi di sebalik tabir di sebuah set penggambaran hari raya yang dilakukan mereka sekeluarga. Turut kelihatan, seorang gadis dan kanak-kanak yang berebutkan barang yang sama.

Sekali pandang, ramai yang menyangka individu itu adalah Datin Shahida sendiri namun sebenarnya itu adalah anak gadisnya yang sulung. Oleh kerana gaya dan rupa yang sama, kedua-duanya kelihatan seperti orang yang sama sekaligus membuatkan ramai terkejut melihatnya.

 

Dalam masa yang sama, netizen turut memuji kecantikan Qadeeja yang salin tak tumpah seperti ibunya sendiri. Malah ada yang memberitahu gaya gadis itu yang begitu lemah lembut ini juga turut sama dengan Datin Shahida.

Di ruangan komen, perkongsian di sebalik tabir ini turut mencuri tumpuan ramai yang menonton. Ada juga yang turut berkongsikan reaksi mereka sebaik sahaja melihat gelagat anak gadis pasangan usahawan itu.

“Aku ingat datin tadi ya rabbi.”

“Cara dia tarik barang tu serious gentle, never thought of doing that…”

“Ingatkan mak dia.”

“Sebiji mak dia kalau tak baca caption, sebab ingat datin tadi.”

 

Sumber: HCL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button