Hiburan

“Anak-anak dia semua menunggu Yasin dan tahu apa yang berlaku pada dia” – Abang Kandung Yasin Sulaiman

PETALING JAYA : Abang kandung Yasin Sulaiman, Zain Sulaiman, 50, yang mewakili keluarga meluahkan harapan yang tinggi selain mendoakan urusan perbicaraan penyanyi nasyid dan komposer tersebut dipermudahkan.

“Saya mendoakan agar Allah SWT mempermudahkan segalanya,” katanya ketika ditemui di perkarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, di sini, hari ini.

Selain Zain yang mewakili keluarga, turut dilihat hadir memberi sokongan moral kepada Yasin ialah anggota kumpulan Brothers, Akbar.

Selain itu, ditanya mengenai keadaan anak-anak Yasin iaitu Sameer,12, dan Malaika,7, Zain berkata kedua-duanya juga menaruh harapan yang tinggi pada bapa mereka.

“Anak-anak dia menaruh harapan yang tinggi dan sangat tabah. Mereka semua menunggu Yasin. Mereka tahu apa yang berlaku pada dia,” katanya.

Abang kandung Yasin Sulaiman

Dalam pada itu, kata peguam pembela Yasin, Yusmadi Yusoff, dia percaya sokongan keluarga dan orang terdekat adalah sangat baik buat anak guamnya pada waktu ini.

“Kita doakan sama-sama untuk urusan dia. Malah, hari ini ada juga kawan-kawannya yang datang. Bagi saya, dia tiada rekod negatif dan dia adalah seorang yang banyak memberi inspirasi. Rasanya ia (pandangan itu) perlu dikekalkan begitu.

“Satu lagi yang harus direkodkan, amat tak wajar dia dilaporkan memiliki ladang mini. Itu tidak betul. Kemudian ada yang kata kononnya ada sejumlah wang dan sebagainya, saya dah cek tiada.

“Tapi tentang hal itu tidak boleh komen lanjut kerana kes sedang berjalan. Cuma saya cadang agar komen-komen yang tidak wajar harus dielakkan,” katanya.

 

Hari ini Yasin hadir ke mahkamah bagi menjalani perbicaraan tudvhan dan penahanannya berhubung kes menanam 17 pokok g4nja di kediamannya di Kota Damansara pada 24 Mac lalu.

Yassin juga akan didakwa mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 6B Akta D4d4h berb4haya.

Minggu lalu, kegiatan penyanyi terbabit menanam pokok g4nja terb0ngkar selepas kediamannya diserbu p0lis.

Dalam serbuan pada 5.30 petang, polis menemukan 17 pokok dalam pasu disy4ki g4nja di bilik, balkoni rumah dan dalam almari baju.

Polis turut menemukan dua plastik berisi ketulan mampat daun kering disy4ki g4nja seberat 214 gram, cecair pemusnah serangga, alat pengukur kandungan PH air, alat penyukat suhu, lampu, alat menyiram tanaman dan alat pengudaraan.

Sumber:  Utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button