Hiburan

Pernah Dih1na Miskin, Ini Kehidupan Khai Dan Rosma Selepas Keluar Akademi Fantasia

Khai dan Rosma mula menempah nama bermula dengan menyertai Program Akademi Fantasia. Pasangan ini mengakui mereka bangkit selepas kerap diperli atas kekurangan diri masing-masing.

Terdahulu, dia pernah diperli artis mis.kin hingga nekad untuk memperbaiki diri dan kehidupan menjadi lebih selesa. Malah, isterinya Rosma juga pernah berdepan situasi tiada pihak yang mahu menaja pakaiannya selepas keluar dari Akademi Fantasia kerana masalah berat badan.

“Dulu isteri saya kena per.li sampai tak dapat tajaan masa keluar AF sebab itulah dia nekad nak kurus!

“Saya pula dulu kena perli artis miskin sebab itulah saya nak berjaya dan kaya.

Seorang usahawan berjaya 

Siapa sangka, dari penyanyi kini Rosma merupakan salah seorang usahawan berjaya tanah air. Beralih untuk serius dalam bidang perniagaan apabila kerjaya seninya dilihat kurang bersinar.

 

Dengan tidak mengenal erti pen4t lelah mengejar kejayaan, berkat usaha gigih selama hampir tujuh tahun Rosma bangga dapat membangunkan legasi KR Successful Sdn Bhd di samping suami tercinta, Khai.

 

Bisnes yang diasaskan sejak tahun 2014 tersebut kian rancak merencana jualan. Apatah lagi sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Rosma mengakui permintaan pelanggan terhadap produknya adalah berlipat kali ganda.

“Sekarang memang tengah fokus bisnes. Sebelum PKP ada juga terlibat dengan recording program TV tapi ada beberapa daripadterpditunda buat masa ini.

 

Bercerita tentang bisnes, alhamdulillah berjalan dengan baik. Lagipun saya dah mula berniaga online dari tahun 2014 jadi bila berlaku macam ni tak rasa sangat sebab kita memang fokus platform digital.

Tak dinafikan juga jualan dapat berganda daripada biasa. Waktu PKP tahun lalu pun sambutan menggalakkan walau ada beberapa kesulitan termasuk dari segi penghantaran. Tapi bila berlakunya PKP kedua ni, kita dah ada pengalaman dan semua tu dapat di atasi dengan mudah. Syukur.”

 

Mengimbas perjalanan awal menceburi bidang keusahawanan, Rosma atau nama sebenarnya Rosmayati Sidik menjelaskan produk MS SenaRos sudah mula dipasarkan sejak tujuh tahun lalu.

“Ia ialah minuman detoks yang membantu meningkatkan metabolisme tubuh badan selain menstabilkan hormon dan sistem pencernaan serta memberi tenaga tambahan.

MS SenaRos ni boleh dijadikan bantuan untuk amalan gaya hidup sihat tapi 80 peratus mereka yang berjaya turunkan berat dan tampil lebih langsing serta sihat terletak pada pemakanan sendiri.”

 

Tambahnya lagi, “Tak pernah tercetus idea pun nak buat bisnes ni tapi sebab Khai suka berniaga, dia yang bagi idea memandangkan masa saya bersalin anak pertama memang gigih turunkan berat. Bila hamil anak kedua, Khai bagi idea keluarkan produk berkaitan slimming. Dari idea tu, kami ‘cantikkan’ lagi sehinggalah wujudnya MS SenaRos sekarang.

Memang lepas anak berusia 6 bulan dan saya cuba, terus hilang 10 kilogram dalam masa dua bulan setengah. Sejak itu bisnes makin berkembang.

Selain produk minuman kesihatan dan detoks MS SenaRos, Rosma juga mempelbagaikan perniagaannya dengan menghasilkan rekaan body suit dan pants pada tahun 2017.

Paling membanggakan, impian Rosma dan Khai untuk memiliki wisma sendiri bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.

 

Jika kebanyakan usahawan muda selesa berkongsi gaya hidup kepada umum, lain pula situasinya bagi Rosma dan Khai. Biarpun rezeki dalam bidang perniagaan makin melimpah, namun pasangan romantis ini lebih bahagia berkongsi dengan orang sekeliling.

Rosma mendirikan rumah tangga bersama Khai yang juga bintang Akademi Fantasia Musim Pertama pada 26 April 2008. Hasil perkongsian hidup selama hampir 13 tahun, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Amzar Danish, Nur Amani Damia dan Nur Alya Dhania.

Sumber: IG Khai

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button