Pelukan Angkasa Bergelar Juara Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36), Ini Keputusan Penuh Pemenang AJL36

Anugerah Juara Lagu (AJL36) telah berlangsung dengan meriah menyaksikan 12 buah lagu bertanding dengan sengit. Acara yang cukup berprestij ini telah berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur dan dikendalikan oleh dua pengacara cukup berbakat iaitu Alif Satar dan Nabila Huda.
Lagu Pelukan Angkasa nyanyian SOG & Shila Amzah telah dinobatkan sebagai juara AJL 36. Berikut merupakan senarai penuh para pemenang di AJL36. Tahniah buat semua finalis!
Juara AJL 36
Anugerah Juara Lagu ke-36 pada malam ini menyaksikan lagu Pelukan Angkasa dinyanyikan oleh SOG & Shila Amzah berjaya merangkul gelaran juara AJL36. Mereka telah membawa pulang trofi bersalut emas dan wang tunai sebanyak RM100,000. Tahniah!
Naib Juara AJL 36
Jika tahun lepas, lagu Semalam (Aina Abdul) dinobatkan sebagai Naib Juara AJL35, tetapi pada tahun ini, lagu Cinta nyanyian Marsha Milan berjaya merangkul gelaran tempat kedua. Penyanyi lagu ciptaan Hang Nadim dan Bunga Cantik ini juga telah membawa pulang trofi dan wang tunai RM50,000.
Tempat Ketiga
Manakala tempat ketiga pula disandang oleh Haqiem Rusli menerusi lagu Mimpi. Lagu ciptaan penyanyi ini sendiri bersama Dato’ A. Aida telah memperolehi tempat ketiga dan membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM30,000.
Vokal Terbaik
Persembahan luar biasa ‘Sepi’ dendangan dari suara lunak Aina Abdul sememangnya layak dinobatkan sebagai Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-36. Kehebatan vokal dan kemerduan suara _ sememangnya tidak dapat disangkal lagi apabila nyanyiannya malam ini mendapat pujian ramai. Aina Abdul membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM12,000.
Persembahan Terbaik
Kreatif dan menarik! Itulah ungkapan paling sesuai menggambarkan persembahan hebat daripada pemenang Anugerah Persembahan Terbaik AJL36 iaitu Marsha Milan menerusi lagu Cinta. Penyanyi lagu ciptaan Hang Nadim dan Bunga Cantik telah membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,00 serta wang tunai RM6,000 daripada penaja utama, NOIR Beauty Essence.
Penyanyi Pilihan Popular
Bagi kategori Penyanyi Pilihan Popular AJL36 dinobatkan kepada Aina Abdul dan Khai Bahar. Mereka telah membawa pulang trofi, sebuah telefon pintar Oppo dan wang tunai.
Seperti tahun-tahun sebelum ini, anugerah berprestij AJL pada malam ini melabuhkan tirai dengan sangat meriah. Kami di OhBulan! mengucapkan tahniah buat semua pemenang dan finalis AJL36 tahun ini!
Sumber: Ohbulan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: