Hiburan

“Terima kasih kerana mempamerkan rasa rendah diri” – Isu Pl4g1at Gambar, Jenama Susu Australia Maafkan Sharifah Rose

PETALING JAYA – Isu plagiat membabitkan Sharifah Rose dengan sebuah jenama susu dari Australia, Macamilk kini berakhir selepas jenama tersebut menerima permohonan maaf pelakon itu berhubung penyalahgunaan imej kotak susu yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Menurut pengasasnya, Dan Hart, Sharifah Rose yang mewakili jenama tudungnya, Sekuntum telah mengakui kesalahan plagiat sekeping foto milik Macamilk yang dilakukan tempoh hari.

Tidak meninggalkan sebarang reaksi negatif, Hart mengakui membina sebuah jenama baharu adalah sesuatu yang sukar dan penuh dengan cabaran.

 

TANGKAP layar kenyataan Macamilk berhubung isu plagiat gambar membabitkan jenama tudung Sekuntum.

 

“Terima kasih kerana mempamerkan rasa rendah diri dan tanggungjawab untuk mengakui kesalahan yang anda lakukan. Kami menerima permohonan maaf anda dan mengucapkan selamat maju jaya untuk perjalanan bisnes.

“Memulakan perniagaan sendiri bukanlah satu hal yang mudah. Menjadi sebuah jenama yang asli lebih sukar. Jadi manusia juga harus melakukan kesilapan dalam hidup dan juga perniagaan,” katanya dalam InstaStory semalam.

Pemilik jenama yang berpangkalan di Byron Bay itu turut terbuka sekiranya Macamilk dan Sekuntum bekerjasama satu hari nanti.

Menyedari Sekuntum dihentam teruk oleh netizen, dia turut memohon orang ramai memberi peluang kepada Rose terus mengorak langkah dengan jenamanya.

“Siapa sangka satu hari nanti kita mungkin akan menjalinkan kerjasama. Kami terima semua kata-kata semangat untuk jenama Macamilk.

“Kini, kami memohon anda semua memberi peluang kepada Rose dan pasukannya. Mereka lakukan kesilapan tersebut manakala kita harus memberi sokongan sesama sendiri agar terus maju ke hadapan,” ujarnya lagi.

Terdahulu, pelakon drama 3 Nota Cinta itu dikecam hebat selepas Sekuntum didakwa meniru sebuah lagi jenama lokal yang mempunyai nama serupa cuma berbeza huruf dalam ejaan.

Tidak cukup dengan itu, sebuah hantaran Instagram Sekuntum yang menggunakan imej kotak susu milik Macamilk turut mencuri perhatian ramai sehingga mencetuskan kekecohan dalam kalangan pengguna media sosial.

Sumber: KOSMO! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button