Hiburan

[VIDEO] Anak tak sangka PianCecupak buka pusat tahfiz, selalu pesan suruh uruskan jika dia tiada

PESANAN Allahyarham PianCecupak yang sering mengingatkan agar menjaga dan menguruskan pusat tahfiz miliknya rupa-rupanya bukan satu gurauan.

Anaknya, Nuraina Fazrin, 25, berkata, dia mengetahui kewujudan pusat tahfiz itu selepas menghubungi nombor telefon yang ditinggal kepadanya.

Kata Nuraina, dia akan menguruskan permintaan arwh itu selepas urusan pengebum1annya ini selesai.

“Abah mesej beritahu fasal pusat tahfiz dia. Dia suruh jaga apabila dia tiada, selalu cakap benda tu dengan saya.

 

Aina beri penghormatan terakhir untuk arwh bapanya.

“Saya macam tak fikir apa-apa pun, dia cakap jangan anggap dia g1la… rupanya benda tu betul-betul dia buat.

“Saya baru dapat contact number pusat tahfiz tersebut, saya tak tahu yang abah sebelum ni ada pusat tahfiz cuma dia pernah beritahu suruh uruskan pusat tahfiz tu.

“Tapi saya tak tahu lagi lokasinya di mana, lepas dah uruskan jen4zah abah baru saya akan uruskan hal pusat tahfiz tu,” katanya kepada mStar.

Ada abah mesej Aina pasal pusat tahfiz dia, dia suruh aina jaga, dia selalu cakap benda tu dengan saya.

NURAINA FAZRIN

ANAK SULUNG ARWH

Dalam pada itu, Aina turut berasa terkilan kerana tidak dapat bertemu dengan bapanya untuk memberitahu tentang kehamilan anak keduanya.

Tambah Aina, dia merancang untuk keluar makan bersama keluarga dan bapanya pada Sabtu ini namun hasratnya itu tidak kesampaian.

“Pada 30 Januari ni sepatutnya dah plan nak ajak abah pergi keluar makan, tapi abah kata dia tak ada kerana ada hal.

 

Allahyarham Pian disemadikan di Tanah Perkvburan Raudhatul Sakinah Taman Batu Muda, Kuala Lumpur pada pagi Khamis.

“Tak sangka pula dia betul-betul dah tiada sekarang.

“Saya pun tak sempat nak beritahu abah yang saya mengandung anak kedua, tak sempat nak beritahu apa-apa,” ujarnya.

Allahyarham Pian atau Mohd Rafik Abdul Rahman dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Taman Batu Muda, Kuala Lumpur pada pagi Khamis.

Arwh yang men1ngg4l dun1a pada usia 52 tahun dipercayai akibat ser4ngan jantung selamat disemadikan kira-kira pukul 11.10 pagi.

Arwh menghembuskan nafas terakhir di kediaman ibunya di Taman Dato Senu, Sentul kira-kira pukul 8 malam, Rabu.

 

https://youtu.be/2kkCyqwzlqw

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button