Hiburan

Lufya Omar tak malu mengaku ‘pot0ng usus’ bukan nak cantik, pikat lelaki

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Lufya Omar, 36, melakukan pembedahan bariatrik atau potong usus bukan mahu cantik demi memikat jodoh, sebaliknya, mengawal tahap kolesterol dan penyakit asma dialami.

Lufya akui, soal jodoh bukan keutamaannya selepas lebih setahun berpisah dengan bekas suami dan hidup sebagai ibu tunggal dan membesarkan anak tunggal, Laana Haura berusia lima tahun.

Namun, saat ini, Lufya atau nama sebenarnya, Lutfyah Sheikh Omar berkata, dia lebih terbuka soal jodoh.

“Apabila sudah sihat dan dapat menurunkan berat badan dengan cara pembedahan, saya lebih positif.

“Dahulu, mungkin trauma sebab pengalaman perkahwinan lalu, namun, sekarang semuanya sudah berlalu, tiada apa yang perlu dikenang lagi.

“Lebih utama, pembedahan ini berjaya mengawal tahap kolesterol dan penyakit asma. Saya kurus bukan sebab nak cantik, tetapi demi kesihatan,” katanya kepada BH Online.

Selepas berusaha melakukan cara semula jadi termasuk diet dan bersenam tidak menjadi, bintang drama Mahar Tanpa Cinta itu nekad melakukan pembedahan bariatrik pada November lalu.

“Selepas sebulan, pembedahan ini berjaya menurunkan sebelas kilogram (kg). Daripada 85 kg, kini, berat saya 74 kg.

“Dahulu, diet dan bersenam selama enam bulan hanya turun 2 kg sahaja.

“Kini, saya mahu turun berat badan 10 kg untuk capai berat badan seimbang,” katanya.

 

Lufya kini bahagia menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal bersama anaknya, Laana. – Foto IG Lufya Omar

Kata Lufya, dia tidak sedar berat badan naik mendadak ketika pandemik COVID-19. Bahkan, rutin menikmati snek termasuk kek diusahakan tanpa rasa bersalah.

“Saya dilahirkan memiliki raut wajah kecil, biarpun berat badan bertambah. Sebab itulah, saya hanya swafoto sebab hanya tayang muka.

“Paling kemuncak, ibu tegur badan saya berisi. Malah, Laana pun pernah cakap, kalau ‘mummy’ kurus mesti cantik macam patung Barbie.

“Masa itu saya tersentak, besar sangat ke badan saya? Kerana berat bertambah, kaki saya mudah kebas sampai susah nak berjalan,” katanya.

 

Dalam pada itu, Lufya enggan memberi komen mengenai bekas suami.

“Saya gembira dengan kehidupan sekarang dan membesarkan Laana. Kalau cerita soal bekas suami, saya akan ulas perkara betul, jadi, cukuplah saya tak mahu komen.

“Anak semakin membesar dan mula tunjuk minat ke arah dunia seni apabila suka menyanyi dan bergaya,” katanya.

 

Sumber: BH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button