ISU SEMASA

Pelakon Michelle Yeoh turun padang sertai kerja-kerja pembersihan pasca b4nj1r

SHAH ALAM: Pelakon Malaysia yang menempa kemasyhuran di Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh meluangkan masa cuti perayaan Krismas dengan menyertai kerja-kerja pembersihan pasca b4nj1r di Taman Sri Muda, Shah Alam.

Turut bersama pelakon utama filem Tomorrow Never Dies dan Crazy Rich Asian itu ialah tokoh konglomerat, Tan Sri Vincent Tan.

Kedua-dua personaliti itu menyertai kerja-kerja pembersihan pasca b4nj1r itu bersama pasukan 502 Askar Wataniah di bawah Divisyen Ke-4 Infantri Malaysia (4 Div), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Yayasan Taiwan Buddist Tzu-Chi Malaysia.

Tan Sri Michelle Yeoh (topi biru) meluangkan masa cuti perayaan Krismas dengan menyertai kerja-kerja pembersihan pasca banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam pada Sabtu.

 

Gerak kerja pembersihan dilakukan pelakon kelahiran Ipoh, Perak itu di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda

2 dengan turut dihadiri oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

“Ini semangat Krismas yang sebenar. Terima kasih kepada semua.

“Saya amat terharu melihat orang ramai yang bersama di sini tidak kira agama, bangsa atau warganegara yang turun membantu m4ngsa b4nj1r,” kata Michelle, 59, mengulas solidariti rakyat Malaysia dalam membantu m4ngsa benc4na alam itu.

Sumber: Awani

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih we dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button