Hiburan

“Siapa Ya? Maaf Saya Tak Perasan…” – Rossa Tak Kenal Siapa Iqbal, Ini Respon Rossa Bila Ditanya Tentang Iqbal

Ramai mengetahui usahawan yang kini bergelar penyanyi, Iqbal Zulkefli kini berada di Indonesia.

Baru-baru ini, Iqbal berkongsi foto bertemu dengan penyanyi popular dari seberang, Datuk Seri Rossa dan menerusi laporan media tempatan, penyanyi lagu Hujan itu juga berhasrat untuk mendekati Diva Indonesia tersebut .

Bagaimanapun, Rossa akui tidak mengenali Iqbal disebabkan pertemuan mereka ketika bergambar baru-baru ini terlalu singkat tanpa perbualan panjang.

“Siapa ya? Maaf saya tak perasan sebab ramai yang bergambar dan sekejap sahaja, saya terlupa.

“Saya tak kenal siapa dia, saya ingat ada orang Malaysia bergambar dengan saya di acara tayangan filem Love Knots baru-baru ini.

“Tapi kami tidak berbual lanjut selepas ambil gambar bersama,” katanya.

 

Bagaimanapun, Rossa akui terbuka untuk berkenalan dengan sesiapa untuk tujuan persahabatan.

“Kalau berkenalan untuk berkawan tak apa-apa, tapi kalau teman-teman mahu carikan jodoh untuk saya boleh saja, tapi tak mahu gosip,” katanya tersenyum.

Rossa berkata demikian dalam sidang media virtual melancarkan single terbarunya berjudul Terlalu Berharap sebentar tadi.

Lagu ciptaan Andmesh itu merupakan runut bunyi bagi filem Love Knots yang dibintangi Rizky Nazzar, Beby Tsabina, Aidil Saputra dan ramai lagi.

Video Lirik lagu tersebut menampilkan para pelakon filem itu sendiri, manakala video muzik rasminya pula akan menyusul kemudian.

Pada 29 November, mStar melaporkan Iqbal kini sedang cuba mendekati penyanyi terkenal negara seberang itu.

Sekarang ini pun saya sangat bersyukur kerana dikurniakan ramai yang menyokong karier nyanyian saya!

ROSSA

PENYANYI

Dalam pertemuan di Indonesia itu, Iqbal menyifatkan penyanyi lagu Pudar berkenaan seorang yang lemah lembut, sopan dan minimalis dalam berfesyen.

Ditanya mengenai jodoh, penyanyi yang pernah digosipkan dengan Afgan ini berkata hal perkahwinan bukanlah keutamaan buatnya.

 

Rossa tidak mengenali Iqbal.

“Sekarang ini saya tidak mendekati sesiapa lagi kerana keutamaan saya bukan ke situ (kahwin). Kalau ada teman-teman nak carikan… ya terima kasih tapi jangan dilayan gosip-gosip.

“Perkahwinan bukanlah keutamaan bagi saya lagi… saya sudah ada anak jadi hal jodoh biarlah Allah yang tentukan. Waktunya hanya Allah sahaja yang tahu, saya di dunia hanya jalani kehidupan sebaik-baiknya.

“Sekarang ini pun saya sangat bersyukur kerana ramai yang menyokong karier nyanyian saya… jadi itulah keutamaan saya, hal jodoh biarlah ia datang sendiri.

“Tipulah kalau kata tak ada yang cuba dekat tapi saya tak berani nak kongsi secara umum sebab belum tahu sejauh mana, kalau dah pasti mahu bernikah lagi, barulah saya kongsi,” ujarnya.

Foto: Instagram Rossa & Instagram Iqbal

Sumber: Gempak/ mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button