Hiburan

“Nakal Takpe Jangan J4hat!”- Mantan Guru Besar Masih Ingat Joe Flizzow

Penyanyi rap ini tidak menyangka bekas guru besar masih ingat pertemuan terakhir mereka di pejabat sekolah

Tular di media sosial milik ikon rap terkenal tanah air Joe Flizzow, di mana penyanyi tersohor ini memuatnaik beberapa foto dirinya bersama bekas pengetua sekolah di Instagram nya.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah, perkongsian Joe yang terserempak dengan gurunya itu ketika menghadiri majlis perkahwinan kelmarin.

Kagum Guru Ingat ‘Kenakalan’Di  Zaman Sekolah

Menerusi perkongsian Joe di akaun Instagram nya, penyanyi rap ini mengatakan bekas guru besar nya itu masih mengingati pertemuan terakhir mereka di mana Joe dipanggil masuk ke pejabat kerana masalah disiplin.

 

Foto – Instagram @flizzow

“Selamat Pagi Cikgu

Terserempak dengan bekas pengetua sekolah saya di Sekolah Menangah Subang Utama, Puan Jamilah Rahmat di majlis kahwin semalam.

Dia mengingatkan saya yang kali terakhir kita ‘bersemuka’ adalah ketika saya di panggil ke pejabatnya kerana masalah disiplin.

Saya kagum yang dia ingat segala perkara terperinci dalam pertemuan tersebut. Sayang sangat kepada semua guru yang beri kita pengetahuan dan kasih sayang tanpa meminta apa-apa sebagai balasan.

Dia jadikan hari saya bermakna dengan mengatakan ” You turned out alright, more than alright. Nakal takpe, jangan jahat!”.

TERIMA KASIH CIKGU” kongsinya

Peminat Tabik Artis Tetap Hormat Guru

Melihat perkongsian artis terkenal itu, ramai peminat mengatakan mereka tabik dengan Joe Flizzow kerana tetap menghormati guru. Selain itu, ada juga peminat yang menyokong apa yang bekas guru besar itu katakan kepada artis tersebut di ruangan komen Instagram.

 

Foto – Instagram @flizzow

“Ini baru betul, walaupun nakal zaman sekolah tapi tetap hormat dekat cikgu. Salute man”

“Terima kasih cikgu’

“Guru lah membuat kita jadi manusia..”

“Tabik hormat untuk cikgu. Keep on vibing bro Joe”

“Cikgu selamanya kita hormat”

“Lagi nakal lagi cikgu ingat”

Jangan main-main dengan ingatan cikgu, mereka ingat anak murid mereka terutama yang nakal-nakal ni!

SUMBER: murai.my

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button