Hiburan

Ramai Tertanya Kenapa Senario Jarang Diundang Jadi Juri Program Lawak, Sekali Saiful Apek Tampil Beri komen Padu

Ramai pelik kenapa senario jarang dijemput sebagai juri program lawak. Sekali Saiful Apek tampil beri komen padu buat ramai terkedu.

Pelakon dan pelawak Saiful Apek menjawab persoalan warganet yang mempersoalkan mengapa kumpulan Senario sering tidak dipanggil sebagai juri program lawak.

 

Menerusi tweet pengguna Twitter yang dikenali sebagai @NaufalAntezem, beliau akui rasa pelik kerana kumpulan pelawak Senario masih wujud tetapi mereka sering tidak dipanggil untuk menjadi juri program lawak. “Kita masih ada Senario tapi mereka tak selalu jadi program lawak. Pelik bukan?.”-Tweet @NaufalAntezem

Saiful Apek Beri Jawapan ‘Win’

Salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Saiful Apek kemudian tampil menjawab persoalan pengguna Twitter tersebut memberitahu bahawa laman Twitter mereka sukar untuk diikuti oleh ramai orang, inikan pula stesyen televisyen mahu memanggil mereka sebagai juri program lawak. “Kat Twitter ni pun susah korang nak follow, ni kan lagi stesyen tv nak panggil jadi juri.”-Saiful Apek

 

Pelbagai Reaksi Warganet

Menerusi tinjauan di ruangan komen mendapati, rata-rata warganet meluahkan pendapat terhadap kumpulan pelawak veteran tersebut.

 

“Dorang sekarang nak panggil yang ada follower million, mana dorang nak pandang dah pelawak veteran ni. Zaman da berubah..teruk betul. Sebab ape tau, sebab rating jer. Astro ni memang carik artis yang boleh naik rating diorang. MLM ni hanya sekadar hiburan jer. Bukan tempat produce new talent pun. Bertabahlah warganet sakit mata dan hati dengan juri yang ada. Pastu jemput ustaz jadi juri hahahaa. Begitulah Malaysiaku Tercinta. Hahaha tulah tak faham. pertandingan lawak, pelawaklah juri. Pertandingan nyanyi, penyanyi lah juri, Pertandingan memasak, tukang masak lah juri. Ni sapa2 tah jadi juri.”

 

Terdahulu, Murai My pernah melaporkan bahawa kumpulan Senario bakal  kembali dengan filem terbaharu tidak lama lagi. Selain Saiful Apek, kumpulan yang sering silih berganti aanggotanya ini terdiri daripada Wahid Mohd, Lan Pet Pet, Azlee Jaafar, Shamsul Ghau Ghau, Farouk Hussein, Ilya Buang, Hamdan Ramli, dan Yassin Yahya.

Sumber : Murai.my

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *