Hiburan

Bukti persahabatan tiga dekad, Yusof Haslam tanggung semua kos rawatan Sarjan Misai

Siapa yang tidak mengetahui drama kepolisan, Gerak Khas terbitan Skop Production yang telah memasuki siri ke-19 sejak ditayangkan pada 1999, yang disiarkan di TV 2 sentiasa mendapat tempat di hati para penonton setianya.

Pada yang mengikuti drama tersebut, pasti sudah mengenali dengan watak Sarjan Hisham atau lebih dikenali dengan gelaran Sarjan Misai yang dilakon oleh pelakon A Galak.

Baru-baru ini, satu berita sedih dimaklumkan mengenai A Galak apabila beliau dikhabarkan telah dikejar ke hospital kerana diser4ng sakit angin ahmar.

Yusof Haslam tanggung kos perubatan

 

Penerbit Skop Production, Datuk Yusof Haslam, setelah mengetahui berita mengenai pelakon veteran tersebut, penerbit itu memaklumkan bahawa pihaknya mahu membiayai kesemua kos perubatan A Galak.

Bersahabat baik dah seperti keluarga

 

Menurut Datok Yusof Haslam, pelakon itu sudah dianggap seperti ahli keluarganya sendiri setelah hampir tiga dekat mereka menjadi sahabat dan sama-sama menjayankan drama bersiri Gerak Khas.

Dah ada perkembangan positif

 

Maklumat terbaru, difahamkan kini pelakon A Galak atau nama sebenarnya Zakaria Ahmad kini sudah menunjukkan tindak balas positif, namun menurut doktor memerlukan masa yang lama untuk kembali pulih sepenuhnya.

Semoga Sarjan Misai kembali sihat seperti sediakala, pasti masih ada peminat Gerak Khas yang merindukan penampilan tegas beliau dalam rancangan popular itu.

Sumber : BH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *