Viral

Wanita menyes4l, terima ‘pad4h’ selepas suka-suka campur cecair peluntur dengan stain remover

KEGAGALAN seorang wanita membaca arahan sebelum menggunakan cecair peluntur yang dibelinya mengakibatkan dia terp4ksa mendapatkan rawatan kecem4san di hospital akibat ses4k nafas.

Nur Idayu Izany, 26, berkata, kejadian berlaku pada pagi Khamis lepas apabila dia terhidu bau yang terhasil akibat tindakannya mencampur dua jenis cecair peluntur.

Suri rumah itu berkata, dia mencampurkan dua cecair itu untuk membersihkan tandas di rumah yang baru didudukinya.

“Kami baru pindah dari Perlis ke Penang sebab saya ikut suami saya Mohd hawari Ismail, 28 yang bekerja di sebuah kilang di Batu Kawan.

“Masa campur cecair peluntur dengan penanggal kotoran (stain remover) tu memang saya letak banyak dalam baldi sebab saya ingat ia macam cecair sabun pencuci biasa je.

“Campuran tu tak bau apa-apa, warnanya putih tapi bila bercampur tu automatik keluar buih lepas tu bertukar kekuningan,” ceritanya kepada mStar.

 

Idayu baru pindah daripada Perlis ke Penang.

Menurut Idayu, bau tajam yang terhasil dari campuran kedua-dua cecair yang mengandungi asid ini menyebabkan dia dan anaknya yang berusia enam bulan batuk.

“Suami saya yang sedar bau tu sebab dia dalam bilik, masa tu saya tak bau lagi… saya pun pergi hidu campuran dalam baldi tu sebab sangka campuran tu wangi.

“Anak saya Naufal ada dekat ruang tamu, dia pun terbatuk-batuk, nasib suami saya cepat ambil dia terus letak dalam bilik,” katanya.

 

Cecair peluntur yang digunakan Idayu.

Idayu yang p4nik apabila menyedari bau tersebut mula memenuhi segenap ruang rumahnya bertindak mencurahkan campuran tersebut ke dalam tandas.

“Masa saya bau campuran tu dalam baldi memang taj4m sangat-sangat macam bau as1d, saya pan1k la sebab bau tu merebak satu rumah, kebetulan pintu dengan tingkap tak buka.

“Disebabkan p4nik juga, saya campurkan air dalam baldi kemudian curah campuran tu dalam tandas, tapi masa tu memang saya dah mula batuk non-stop.

“Saya cuba bernafas melalui mulut tapi bau tu meresap sampai dada saya rasa sesak tak boleh bernafas, saya tercung4p-cung4p lepas tu munt4h,” katanya.

Saya rasa sak1t sangat sampai menangis sebab saya ingat nak m4t1 dah.

NUR IDAYU IZANY

Menurut Idayu, dia cuba mengambil angin di luar rumahnya yang terletak di Alma, Bukit Mertajam, namun dia tetap tidak dapat bernafas dengan lancar.

“Saya beritahu suami yang saya nak keluar ambil udara luar sebab rasa nak pit4m

“Masa dekat luar saya ‘tawaf’ satu parking lot dan cuba tenangkan diri sebab masa tu saya memang berpeluh dan cuba bernafas tapi masih tetap rasa sesak sangat-sangat.

“Masa tu suami saya cepat-cepat bawa saya pergi hospital, nasib baik anak saya tak apa-apa, dia cuma menangis sebab batuk. Bila dalam kereta buka air cond kuat dia dah okay tapi saya tetap tak boleh bernafas,” katanya.

 

Idayu dibawa ke wad kecemasan akibat sesak nafas.

Idayu dimasukkan ke wad kecem4san serta terpaksa menggunakan nebuliser untuk membantunya bernafas dengan lancar.

“Doktor ambil darah kemudian dia bagi saya nab dan masukkan air.

“Lepas tu baru dada saya rasa okay, sebelum tu rasa sak1t sangat sampai menangis sebab saya ingat nak m4t1 dah.

“Doktor x-ray dada semua okay, ikutkan saya kena masuk wad satu malam tapi saya tolak sebab anak saya bayi lagi,” jelasnya, sambil menambah dia bagaimanapun demam pada keesokan harinya.

 

Amaran yang ditulis di belakang botol cecair peluntur terbabit.

Menurut Idayu, kejadian ini memberi satu pengajaran kepada dirinya untuk sentiasa membaca arahan terlebih dahulu sebelum menggunakan sesuatu produk.

Stain remover tu murah je, member saya yang suggest, saya tak pernah guna tapi sebab baru pindah rumah jadi ingat nak cuci tandas bersih-bersih.

“Bila saya post pasal benda ni tak tahu pula ramai yang sependapat pasal baunya yang kuat cuma mereka tak kena macam saya sebab saya campur dengan peluntur.

“Alhamdullilah Allah lindung lagi cuma pengajaran buat saya, apa-apa pun kena baca arahan dulu, saya balik hospital baru baca memang ditulis kandungan ada asid dan tak boleh campur dengan peluntur lain,” katanya.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *