Hiburan

“Bulan Depan Anniversary Kita Yang Ke-11, Saya S4k1t Dah 10 Tahun…,” – Elyana

ELYANA. Sepotong nama yang sekian lama dikenali sebagai penyanyi dengan keunikan karakter imej dan rentak nyanyiannya selama di puncak populariti.

Satu sosok tubuh yang begitu ceria dan tidak pernah lekang dengan ukiran senyuman lebih-lebih lagi ketika melayani kerenah peminat dan rakan media.

Sejak muncul dengan single pertama Niat pada 2001, perjalanan karier seninya cantik tersusun.

Tidak hanya menyanyi, Elyana turut pernah muncul dalam kaca televisyen menerusi drama fenomena anak muda, Dunia Baru.

Bagaimanapun, radar hidup pemilik nama lengkap Erneelya Elyana Emrizal mula berubah 360 darjah selepas disahkan mengh1d4p peny4kit k4nser limf0ma bermula tahun 2010.

Penyanyi Elyana mendedahkan ulang tahun perkahwinannya bersama suami, Khairul Anuar Husin bakal memasuki tahun yang ke-11 bulan hadapan.

Menerusi satu perkongsian yang dikemas kini di Instagram, penyanyi yang popular menerusi lagu Kalis Rindu ini turut menitip kata sayang buat suami tercinta.

“Bulan depan anniversary kita yang ke 11 tahun. Saya sak1t dah 10 tahun. Umur awak pulak nak masuk 46 tahun.

”Umur kita beza 12 tahun. Tapi bertahun-tahun,di hati saya awak tetap nombor 1.

“Terima kasih sudi menjadi teman saya didunia. Semoga saya dapat teman awak di syurga,” tulisnya.

 

Titipan tersebut sekali gus mendapat perhatian peminat yang turut sama meninggalkan komen yang baik-baik buat Elyana sekeluarga.

Malah ada juga yang mendoakan moga Elyana terus kuat berdepan ujian.

 

Sebelum ini, Elyana membuat pendedahan menghidap k4nser limf0ma tahap empat pada 2017.

Elyana dan Khairul Anuar mendirikan rumah tangga pada 2010.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata, Cinta Sumayyah, 10, dan anak angkat, Cahaya Ramadhani yang kini berusia dua tahun.

Foto: Instagram Elyana

Kredit: MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *