Hiburan

Ada Netizen Suruh Report P0lis Kalau Nampak Rita Rudaini Rentas Negeri. Ini Respond Rita Tentang Netizen Gelakkan Dia Tak Boleh Rentas

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk memberi kebenaran kepada Keluarga Malaysia yang sudah menerima vaksinasi lengkap bagi melakukan pergerakan rentas negeri mulai hari ini.

Menurut Ismail, kelonggaran pergerakan rentas negeri diberi kepada rakyat memandangkan kadar v4ks1nasi lengkap populasi dewasa di bawah Pelan Imunisasi C0V1D-19 Kebangsaan (PICK) telah pun mencapai 90 peratus.

Selepas pengumuman dibuat, golongan selebriti dilihat teruja dengan pengumuman tersebut dan ramai yang memuat naik gambar ulang siar mereka di lapangan terbang, percutian luar negara dan ada juga yang memuat naik gambar pasport masing-masing.

Sungguhpun berita tersebut menerima sambutan yang baik dalam kalangan rakyat, namun, nama pelakon Rita Rudaini dan Zul Yahya tetap menjadi ‘bualan manja’ netizen terutama di laman sosial Twitter.

Menerusi kemas kini pengguna Twitter yang menggunakan nama @SyaheerAhmad, individu tersebut secara berjenaka memulang paku buah keras terhadap beberapa nama selebriti yang enggan mendapatkan sunt1kab v4ks1n.

“Haha ant1v4ksin tak boleh rentas negeri. Kau lepak rumah Rita Rudaini jelah, tak pun Zul Yahya,” tulisnya.

 

Pengguna bernama @AzlinSyafinaz pula berkata: “Rasa nak senyum je. Rita Rudaini boleh tarik balik IGS (Instagram Story) dia pasal rentas negeri untuk semua tu kot. Hanya untuk mereka yang mengambil v4ks1n,” kongsinya.

 

Sementara itu, ada yang memberi cadangan supaya laporan polis dibuat jika Rita Rudaini atau Suhaimi Saad dilihat merentas negeri.

“Antiv4ks1n tak boleh rentas negeri. Selepas ini, kalau nampak Rita Rudaini atau Mosus rentas boleh lapor polis,” cadangnya.

 

 

INI RESPOND RITA RUDAINI BILA DIA TIDAK BOLEH RENTAS NEGERI

 


Sebelum ini, Rita Rudaini, Suhaimi Saad dan Zul Yahya begitu keras menentang pemberian v4ks1n terhadap diri mereka dan keluarga masing-masing.

Selain tiga selebriti ini, pelakon Ellie Suriati juga didakwa enggan menerima sunt1kan  v4ks1n.

Sumber : Gempak

Kredit: AwatttSyeikhh Network

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *