Hiburan

“Gigihnya kau membesarkan anak-anak seorang diri” – Kagum Semangat Syura Saat J4tuh Bangun, Isteri Lan Solo Doa Persahabatan Sampai Bila-Bila

Bersempena dengan ulang tahun kelahiran penyanyi Syura yang ke-35, ramai yang menitipkan ucapan termasuk rakan baik Sheila Razlan.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, isteri kepada penyanyi Lan Solo itu memberikan ucapan buat sahabat tersayang.

Sheila antara lain meluahkan rasa kagum dengan semangat yang ditonjolkan penyanyi lagu Nazam Berkasih itu dalam membesar tiga orang anak serta menjalani hidup sebagai ibu tunggal.

 

“Hepi besday. Kita mungkin tak kaya, tapi kita bahagia. Sebagai orang yang ada pada ketika tak terduga, aku nampak jatuh bangun kau.

“Gigihnya kau membesarkan anak-anak seorang diri, dicerc4… kec4m… malah dih1na. Kau tetap berdiri. Aku salute dengan apa yang kau ada skrg,” tulisnya.

Sheila pada masa sama turut mengharapkan agar hubungan yang terjalin berbekalan sampai bila-bila.

“Yer.. mungkin jalan hidup berbeza, tapi kita selalu ada rasa untuk sama-sama bahagia kan? Aku hope persahabatan kita biar sampai bila-bila.

“Aku sayang kau. Again.. .HAPPY BIRTHDAY ZURA..! Love u,” tulisnya lagi.

 

“Oi perempuan terima kasih banyak-banyak. Ya Allah perkenankanlah, moga Allah menjaga persahabatan ini hingga ke jannah,” komen balas penyanyi Nazam Berkasih pada ruangan komen perkongsian hantaran tersebut.

Imbas kembali, Syura sebelum ini pernah berkahwin dengan Mohd. Fadhly Md. Yassin pada 29 Mac 2006.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdani, 14, Nurul Qaisara Sofea, 12 dan Muhammad Irfan Aryan, 10.

Bagaimanapun, Syura telah bercer41 buat pertama kali pada 29 September 2014 dan telah kembali merujuk pada 10 November tahun sama.

Namun pada 9 Ogos 2015, mereka kembali membawa haluan masing-masing.

Foto: Instagram Syura, Sheila Hassim

Sumber: MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *