Viral

Luar biasa cekal! Guna sebelah kaki, tak ubah suai basikal… pemuda ini mampu kayuh sejauh 25km – “Kalau sed1h, bukannya boleh tumbuh balik”

HANYA memiliki sebelah kaki, namun semangat pemuda ini sungguh luar biasa.

Bukan sekadar boleh bermain bola sepak dan berenang, malah dia turut melakukan aktiviti mendaki (hiking).

Paling kagum, sebelah kaki pun sudah cukup hebat bagi anak muda ini berbasikal dengan cekap.

Bagi Mohammad Nur Alif Mohamad Tarmezam, kekurangan dari segi fizikal bukan bermakna dia tidak boleh melakukan aktiviti seperti insan normal.

Jejaka berusia 24 tahun itu memberitahu, dia kehil4ngab kaki kirinya akibat kem4langan yang dialaminya ketika menunggang motosikal pada 2014.

“Saya ambil masa dua minggu selepas kejadian tu untuk bangkit dengan hanya sebelah kaki. Sebab saya bangkit? Pertamanya saya ingat sampai sekarang adalah ibu bapa saya.

“Kalau saya sedih, pasti mak ayah saya lagi sedih. Dan kalau saya sedih sekali pun, kaki saya bukannya boleh tumbuh balik,” katanya kepada mStar.

 

Selain berbasikal, Alif gemar mendaki bukit.

Lebih mesra disapa Alif, katanya, dia mendapat inspirasi daripada rakan-rakan yang senasib dengannya dalam kalangan orang kelainan upaya (OKU).

Menurut pemuda yang berasal dari Pulau Pangkor, Perak itu, dia merupakan atlet para separuh masa negeri Perak bagi acara renang selain merupakan sebahagian daripada pasukan Persatuan Bolasepak Kudung Malaysia (Mafa).

 

Alif (tengah) bersama pasukan Mafa.

Antara pencapaian membanggakan apabila Alif memperoleh tempat keempat menerusi acara renang di Para Sukma 2018 dan bersama pasukannya mengungguli tempat kedua dalam kejohanan bola sepak kudung Asia pada 2019.

“Paling saya minat adalah renang, sejak dari kecil kerana saya orang pulau. Saya juga boleh melakukan aktiviti menyelam malah sampai sekarang.

“Berbasikal dan hiking sekadar hobi. Saya suka buat aktiviti mengeluarkan peluh termasuk bersenam di gim, dapat juga mengisi masa lapang,” katanya yang bekerja sebagai kerani.

 

Alif merupakan atlet para bagi acara renang.

Siapa sangka meskipun hanya sebelah kaki, anak bongsu daripada lima beradik ini pernah melakukan aktiviti berbasikal sejauh 25 kilometer.

“Saya sebenarnya tak pernah bayangkan saya boleh berbasikal, syukur Alhamdulillah. Saya guna cara macam biasa, tak ubah suai basikal,” katanya yang pernah mencari rezeki dengan melukis.

Kalau kita rasa susah, sebenarnya ada yang lagi susah daripada kita. Kalau rasa benda tu mustahil memang tak akan jadi. Belum cuba, kita tak tahu

MOHAMMAD NUR ALIF

Dalam pada itu, Alif memendam keinginannya untuk melakukan terjunan dalam air dari platform yang tinggi seperti penerjun negara, Pandelela Rinong.

“Saya teringin nak diving macam atlet Pandelela. Tapi agak sukar untuk saya buat lompatan dan imbangi badan di atas platform yang tinggi sebelum membuat terjunan.

“Pada masa sama, saya juga nak cuba bidang olahraga seperti lempar cakera, rejam lembing dan lontar peluru yang memerlukan kekuatan upper body (bahagian atas badan),” tambahnya.

 

Alif mahu mencuba bidang olahraga.

Penggemar filem aksi dan peminat pelakon aksi antarabangsa, Donnie Yen ini berkata, tiada apa yang mustahil selagi tiada usaha untuk mencuba dan melakukannya.

“Kalau kita rasa susah, sebenarnya ada yang lagi susah daripada kita. Kalau rasa benda tu mustahil memang tak akan jadi.

“Belum cuba, kita tak tahu. Kita kena beranikan untuk mencuba dan belajar dari pengalaman,” kata Alif.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *