Viral

YouTube jadi cikgu, ibu 2 anak buat bisnes di dapur rumah je… tak menang tangan terima tempahan menara donat, sampaikan terpaksa t0lak

KREATIVITI ibu kepada dua cahaya mata ini dalam menghasilkan menara donat atau tower donut ternyata membuahkan hasil sehingga ia kini mula menjadi kegilaan ramai.

Menurut Noaini Mohd Nawi, 33, yang lebih mesra disapa Umi, dia mempelajari teknik pembuatan makanan itu menerusi YouTube dan tidak menyangka ia membuka peluang rezeki untuk dirinya.

“Saya dah hampir tiga tahun berniaga donat. Sebelum ini saya berniaga produk kecantikan. Pada mulanya, saya belajar asas pembuatan donat dengan anak saudara.

“Kemudian saya belajar pula teknik dekorasi menara donat menerusi YouTube dan Google. Ketika permulaan dulu, saya hanya jual kepada orang terdekat.

“Kemudian dari mulut ke mulut, ia mula tersebar sehinggalah saya yakin untuk jual kepada orang luar,” ujarnya kepada mStar.

Menurut Umi yang menetap di Kampung Pecah Rotan, Batu Rakit, Terengganu, menara donat menjadi pilihan penduduk setempat sebagai alternatif kepada kek dalam acara tertentu.

Ujar Umi, dia hanya menghasilkan donat di rumah sahaja dengan bantuan empat pekerja dan turut mempunyai enam ejen jualan di sekitar negeri itu.

 

Umi bersama suami dan dua anaknya.

“Saya hanya buat donat di rumah. Biasanya untuk satu tower, ia ambil masa dalam 20 ke 30 minit. Proses menunggu coklat mengeras membuatkan ia sedikit lambat.

“Ramai yang tempah untuk majlis hari lahir, majlis kahwin, untuk makan-makan dan macam-macam lagi. Selain itu, saya juga ada ejen yang jual donat biasa.

Saya juga dapat banyak mesej pelanggan dari luar Terengganu khususnya Selangor dan Johor.

UMI

“Dari segi rekaan, saya buat atas permintaan pelanggan. Tapi ada juga sesetengah pelanggan yang serahkan kepada saya untuk buat idea sendiri,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Umi mendedahkan dia tak menang tangan menerima mesej pelanggan selepas video donat yang dihasilkannya tular di aplikasi TikTok.

Jelas Umi, penangan video yang meraih 1.2 juta tontonan bagaikan membuka pintu rezeki yang lebih luas apabila dia turut mendapat tempahan dari luar Terengganu.

 

Menara donut yang dihasilkan Umi makin laris selepas video miliknya tular di TikTok.

“Saya baru beberapa bulan sertai TikTok. Terkejut bila viral. Sejak detik itu, permintaan tak putus-putus. Tak sangka ia boleh bantu bisnes saya.

“Saya juga dapat banyak mesej pelanggan dari luar Terengganu khususnya Selangor dan Johor. Malangnya saya tak boleh terima tempahan mereka, takut donat rosak ketika dihantar.

“Apa-apapun, saya bersyukur dengan rezeki ini. Dulu saya hanya berniaga produk kecantikan saja sebelum jual donat.

 

Umi mempelajari teknik dekorasi menara donat menerusi YouTube.

“Bisnes juga agak terjejas ketika awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tapi Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan sekarang,” ujar Umi lagi.

Selain TikTok, Umi juga banyak berkongsi gambar dan video menara donat yang dihasilkan menerusi Facebook.

Kata Umi lagi, dia bersyukur dengan segala rezeki yang diterima dan berharap perniagaannya itu terus maju dan berkembang pada masa akan datang.

Sumber:mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *