Hiburan

“Ni Lah Jersey Masa Mommy & Daddy Mula Berc1nta”- Rita Rudaini

Pelakon Rita Rudaini memberitahu dia terjumpa jersey atau baju bola sepak yang tertera gabungan namanya dan bek4s suami iaitu Airit.

Mengimbau kembali mengenai kisah jersey tersebut, Rita menceritakan bagaimana nama Airit itu wujud kepada anaknya yang turut diberikan dengan nama pangkal yang sama.

“Ceritanyaa..tadi tengah kemas baju-baju lama nak bagi orang…lepas tu terjumpa jersey lama..tunjuk kat Ryan dan Juna..

“Tahu tak ni jersey tahun bila? Ni lah jersey masa mommy dan daddy mula berc1nta..daddy main dengan Negeri Sembilan..lepas tu daddy buat jersey Negeri Sembilan untuk mommy dan sambung nama daddy dan mommy jadi laaa nama Airit.

“Seorang team pengurusan Negeri Sembilan pun mesej mommy tanya ‘Airit’ tu apa? Itu lah sejarah bermulanya nama Arit..

“Hebat tak hebat c1nta mommy dan daddy sampai rentas benua lah…Teruja mereka dengar sebab Ryan kata lamanya nama,” ceritanya.

 

Rita berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Rita memuat naik jersey berkenaan yang dipakai oleh anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang memberitahu supaya menyimpannya kerana bernilai.

“Alahaii so suweet,” komen salah seorang pengikut laman sosial.

“Jangan bagi orang,ada harga jual ni,” kata salah seorang netizen.

 

Rita ibu tunggal kepada Airit Rayyan Rizqin,12, dan Airit Qaqa Arjuana, 10.

Dua anak itu hasil perakahwinannya bersama bintang bola sepak, Aidil Zafuan Abd Radzak selepas bernikah pada tahun 2008 dan berpisah pada 5 September 2013.

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *